Buat Grab Boleh Cecah Pendapatan Hampir RM6k, Ini Anggaran Gaji Yang Korang Tak Tahu
Mungkin ada di antara anda yang sudah berpuas hati dengan
pendapatan yang diperoleh. Tetapi, mempunyai pendapatan tambahan amat penting
lebih-lebih lagi jika anda mempunyai perancangan jangka panjang. Bak kata
pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Kebanyakan daripada anda ni mesti nak
cari pendapatan tambahan untuk perbelanjaan harian.
Begitu juga dengan golongan kurang upaya (OKU). Mungkin ada
dikalangan mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan lebih-lebih lagi yang
tinggal di kawasan bandar. Menerusi perkongsian cerita oleh seorang lelaki OKU
bernama Yap, beliau menambah pendapatan dengan mula melakukan tugas sebagai
seorang pemandu Grab. Ikuti perkongsian beliau:
“Sebelum menyertai Grab, saya berkhidmat sebagai Site
Supervisor. Namun ketika saya sedang bertugas kira-kira lapan tahun yang lalu,
saya terjatuh dari tangga dan mengalami kecederaan belakang. Kecederaan
tersebut membuatkan saya sentiasa dalam kesakitan, sukar untuk berjalan dan
tidur. Selepas melakukan imbasan MRI, doktor mengesyorkan pembedahan dengan
segera.
Setahun selepas pembedahan tersebut, saya kembali
bekerja. Tetapi, saya sukar untuk melakukan sebarang kerja berat yang merupakan
sebahagian daripada tugas saya.
Rakan-rakan saya kemudiannya mencadangkan saya untuk
cuba memandu Grab dan saya mengambil nasihat mereka. Saya mendaftar dan memandu
secara sambilan.
Pada tahun 2015, imbasan MRI mengesahkan bahawa
kecederaan belakang saya kembali berulang. Namun kali ini, doktor perlu
membedah tulang belakang saya dan memasukkan skru. Selepas pembedahan tersebut
pada 2017, saya sukar berdiri atau berjalan untuk jangka masa yang lama.
Akhirnya, saya meninggalkan pekerjaan saya dan memandu Grab sepenuh masa.
Saya sangat bersyukur apabila pendapatan daripada
memandu Grab sangat menguntungkan, jauh lebih tinggi daripada yang saya peroleh
sebagai Site Supervisor. Insentif yang diperoleh daripada GrabBenefits juga
banyak membantu saya.
Memandangkan saya seorang OKU berdaftar, nasihat saya
kepada pemandu OKU yang lain adalah sentiasa ada perancangan untuk bekerja dan
rehat yang cukup. Jangan bekerja sepanjang hari. Rehat sebentar setiap tiga jam
supaya tidak mudah berasa letih. Bagi saya, memandu Grab ialah pilihan
pendapatan yang hebat dan fleksibel untuk golongan OKU.”
Buat Grab Boleh Boleh Menjana Lebih Dari RM 6K Sebulan?
Haa, tengok tu. Mesti anda susah nak percaya yang memandu
Grab ni boleh dapat pendapatan lebih RM 6,000 sebulan, betul tak? Jangan risau,
kalau anda tak yakin, anda boleh rujuk jadual pengiraan yang dah disediakan
dekat bawah ni. Siap ikut jenis servis lagi.
Bukan itu je, anda tahu tak ada sebab-sebab mengapa korang
patut drive or ride dengan Grab. Jom kita ketahui sebab-sebabnya:
Motosikal
·
Pendapatan sehingga RM 20/jam
·
Pengeluaran tunai setiap hari serta waktu kerja
yang fleksibel
·
Perlindungan peribadi PERCUMA untuk kemalangan
di jalan raya.
·
Penjimatan bernilai lebih RM200 sebulan dengan
GrabBenefits
·
Daftar dan mula bekerja dalam masa 5 hari
·
Pendapatan tambahan daripada GrabAds dan rujukan
(referrals)
Kereta (Penghantaran)
·
Pendapatan sehingga RM 16/jam
·
Waktu kerja yang fleksibel
·
Pengeluaran tunai setiap hari
·
Penjimatan bernilai lebih RM200 sebulan dengan
GrabBenefits
·
Daftar dan mula bekerja dalam masa 5 hari
·
Pendapatan tambahan daripada GrabAds dan rujukan
(referrals)
Kereta (e-Hailing)
·
Pendapatan sehingga RM 30/jam
·
Waktu kerja yang fleksibel
·
Pengeluaran tunai setiap hari
·
Pembayaran balik sehingga 100% kos lesen
e-Hailing korang daripada Grab
·
Penjimatan bernilai lebih RM200 sebulan dengan
GrabBenefits
·
Pendapatan tambahan daripada GrabAds dan rujukan
(referrals)
Kenali GrabBenefits
Asyik cakap pasal memandu Grab je, anda perasan tak ada
disebutkan pasal GrabBenefits? Untuk maklumat anda, GrabBenefits merupakan
sebuah program bermanfaat yang eksklusif dianjurkan oleh Grab. Mereka juga
faham bahawa untuk menjana pendapatan anda dengan yakin, semua aspek
kesejahteraan perlu diutamakan.
Aspek-aspek ini termasuk perlindungan sekiranya berlaku
kemalangan, keselamatan sosial, keyakinan kewangan, sokongan kos operasi, dan
juga dari segi self-development.
Ada 3 kategori GrabBenefits yang cukup untuk
meyakinkan anda untuk memandu dengan Grab iaitu:
Kalau anda berminat, apa kata anda pergi ke laman web Grab
yang disediakan di SINI untuk mula mendaftar. Anda juga boleh ikuti akaun media
sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram dan Twitter. Apa anda tunggu lagi,
jom tambah pendapatan anda dengan mula memandu Grab sekarang!
0 Response to "Buat Grab Boleh Cecah Pendapatan Hampir RM6k, Ini Anggaran Gaji Yang Korang Tak Tahu"