Berikut Merupakan Senarai Kategori Pekerja Yang Akan Menerima Bantuan Minima RM1,000. Ini Penerangannya
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh
pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang
baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan,
tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang terbaru adalah Bantuan Khas
Kewangan (BKK) yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat
terperinci mengenai BKK Tambahan yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Apakah Bantuan Khas Kewangan?
Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian Bantuan Khas
Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000, sempena Hari Raya
Aidilfitri.
Senarai Kategori Pekerja Yang Menerima
Berikut merupakan senarai kategori pekerja yang akan
menerima BKK:
·
Semua penjawat awam negeri Selangor
·
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
·
Speaker
·
Timbalan Speaker
·
Ahli Dewan Negeri
·
Pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan
kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan
Tujuan Bantuan
Ia bertujuan untuk menghargai usaha serta komitmen penjawat
awam negeri yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memakmurkan negeri.
Kerajaan Selangor bersetuju dengan cadangan pemberian BKK
sempena Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022 sebanyak satu bulan gaji atau minimum
RM1,000 kepada semua anggota perkhidmatan kerajaan negeri.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi
Pejabat Menteri Besar Selangor seperti di bawah:
Pejabat Menteri Besar Selangor,
Tingkat 21,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-55447013 / 7022
Fax: 03-55190032
E-mel : amirudinshari@selangor.gov.my
0 Response to "Berikut Merupakan Senarai Kategori Pekerja Yang Akan Menerima Bantuan Minima RM1,000. Ini Penerangannya"