Bantuan Yayasan Bank Rakyat (YBR) : Bantuan RM1000 Khas Kepada Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3,000
Bantuan Yayasan Bank Rakyat (YBR) : Bantuan RM1000 Khas
kepada Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3000.
Banyak dan berpelbagai pakej bantuan kewangan telah
diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini untuk
membantu rakyat Malaysia yang terjejas. Namun begitu,Terdapat pelbagai pakej
bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat juga pakej bantuan yang sudah lama
diperkenalkan oleh kerajaan atau syarikat korporat,dan ada yang masih lagi
diteruskan sehingga kini.
Dan adalah salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan
sehingga kini adalah bantuan kewangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang mungkin
ramai terlepas pandang dan tidak tahu menahu akan kewujudan bantuan ini.
Melalui Bank Rakyat maka wujudlah sebuah Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang
dikhususkan untuk memberi khidmat dan kebajikan kepada masyarakat Malaysia.
Permohonan Bantuan Yayasan Bank Rakyat (YBR) : Bantuan
RM1000 Khas kepada Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3000
Pihak Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperkenalkan satu
Bantuan Awal Pengajian. Ia adalah satu program yang dimana akan membantu
pelajar yang mahu melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi
ke IPTA atau IPTS dan memerlukan bantuan awal.
Bantuan ini adalah berbentuk secara ‘ONE OFF’ iaitu hanya
diberikan sekali sahaja kepada pelajar yang layak mengikut kriteria. Terdapat
kriteria yang harus dipenuhi oleh para pemohon.
Berapakah Kadar Jumlah Bantuan?
Sebelum ini Bantuan YBR, penerima yang layak akan menerima
bantuan sebanyak RM1,000 bagi seorang pelajar dari Yayasan Bank Rakyat.
Bantuan ini akan memanfaatkan sejumlah besar pelajar baharu
yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi samaada IPT dan IPTS.
Apakah Syarat Kelayakan Memohon?
Syarat permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat
yang telah ditetapkan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR). Antara syarat-syarat
kelayakan memohon adalah :
1. Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.
2. Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00
kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
3. Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian
tinggi.
4. Pemohon merupakan pelajar semester 1.
5. Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.
Bagaimanakah Cara Memohon Bantuan RM1000 Dari Yayasan
Bank Rakyat (YBR)?
1. Permohonan hanya diterima secara atas talian di pautan
berikut dengan klik ‘daftar’: PERMOHONAN
BANTUAN YBR RM1000 Atau https://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/bap-home
2. Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan.
Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses oleh pihak YBR.
3. Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan
dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.
4. Butiran tanggunggan haruslah disertakan salinan kad
pengenalan atau surat beranak tanggungan tersebut. Hanya tanggungan dengan
dokumen sokongan sahaja yang akan diambil kira dalam pengiraan tanggungan.
“Bantuan Pelajar Tanggungjawab Bersama Untuk Memastikan
Kejayaan Pelajar”
Bantuan Yayasan Bank Rakyat (YBR) : Bantuan RM1000 Khas
kepada Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3000.
Kerajaan Malaysia dan pihak syarikat korporat tempatan
sentiasa komited dalam menyumbang dan membantu rakyat Malaysia yang terjejas
dan di dalam kesusahan. Oleh itu, dengan kewujudan bantuan YBR sebanyak RM1000
khas kepada pelajar baharu yang melanjutkan pengajian ke IPT/IPTS ini
membuktikan kecaknaan kerajaan kepada pelbagai lapisan dan lain-lain kategori
tidak kira umur, bangsa dan keturunan. Justeru itu, diharapkan mereka yang
menerima bantuan daripada pihak Yayasan Bank Rakyat ini menggunakan sepenuhnya
bantuan tersebut ke jalan yang betul.
0 Response to "Bantuan Yayasan Bank Rakyat (YBR) : Bantuan RM1000 Khas Kepada Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3,000"