Bantuan Hari Raya Aidilfitri Akan Dibayar Pada Akhir Bulan Ini: Ini Jumlah Bayaran & Cara Bayarannya
Kurang sebulan lagi untuk rakyat Malaysia menyambut Hari
Raya Aidilfitri, dan sudah pasti pelbagai persiapan perlu dilakukan bagi
menyambut hari kebesaran berkenaan.
Prihatin dengan keadaan berkenaan, pihak kerajaan telah
bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dengan jumlah
sebanyak RM250 dan RM500 kepada yang layak.
Bagi pemberian RM500, ia akan diberikan semua penjawat awam
Gred 56 dan ke bawah, termasuk kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan
dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program
MySTEP.
Manakala, bagi bantuan sebanyak RM250 – ia akan diberikan
kepada semua pesara kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
pengumuman pemberian bantuan khas itu dibuat lebih awal atas keprihatinan
kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan
bagi menyambut Aidilfitri.
Tarikh Pembayaran
Berkenaan dengan tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan
Aidilfitri – ia akan dilaksanakan pada 25 April 2022 (Isnin) dengan kaedah
pembayaran bersama gaji.
Bantuan khas ini juga melibatkan peruntukan RM923 juta bagi
manfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara di seluruh negara.
Seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri – pemberian
bantuan khas ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam
dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga
Malaysia.
Diharapkan bantuan ini nanti akan dapat meringankan beban
kewangan kepada penjawat awam dan pesara dalam usaha menyambut Hari Raya
Aidilfitri nanti.
Sy nak mohon duit raya gak
ReplyDelete