Waktu Berbuka & Imsak Negeri Johor 2022 (JAKIM)
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Johor Untuk
Bulan Ramadan 1443H / Tahun 2022 (JAKIM)
Untuk makluman, umat Islam di Malaysia bakal menyambut 1
Ramadan pada 3 April 2022.
Dalam bulan Ramadan, umat Islam akan melaksanakan ibadah
puasa selama 1 bulan sebelum menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak
Bagi Negeri Johor Untuk Bulan Ramadan 1443H / Tahun 2022 yang bersumber
dari JAKIM untuk makluman bersama.
Anda juga boleh print siap-siap supaya mudah nak rujuk
nanti.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 1443H / Tahun 2022
Bagi Negeri Johor (JAKIM)
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA NEGERI-NEGERI
SELURUH MALAYSIA BAGI TAHUN 1443H/2022M
OLEH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Doa Berbuka Puasa
DOA BERBUKA PUASA SENDIRIAN
DOA BERBUKA PUASA RAMAI
NOTA:
Riwayat Abu Daud (2358)] [Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar
menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat
gugur di dalam sanad hadith ini]
Namun Mufti WP berpandangan bahawa setiap orang boleh
dibolehkan berdoa dengan apa jua doa selagimana maksud atau makna doa itu tidak
bertentangan dengan al-Qur’an dan hadith Nabi SAW tanpa menyandarkannya kepada
Rasulullah SAW.
DOA BUKA PUASA BERDASARKAN HADIS / SUNNAH
Doa yang lebih sahih dan bersandarkan sunnah adalah doa buka
puasa seperti di bawah:
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ
وَثَبَتَ الْأَجْرُ إنْ شَاءَ
اللَّهُ تَعَالَى
(Dzahabaz zhama’u wabtallatil ‘uruqu wa tsabatal ajru,
insyaallahu taala)
Maksudnya: Telah hilanglah dahaga, urat-urat telah basah,
dan telah terhasil pahala, insyaAllah.
Sunan Abi Dawud (2357)
Menurut Imam Ibn Hajar al-Haitami dan Imam Ramli, doa ini
dibaca sejurus selepas berbuka (عقب),
bukan sebelumnya.
(Rujuk Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfatul Muhtaj,
3/435 dan Imam Ramli dalam Nihayatul Muhtaj, 3/183. Doa-doa ini turut disebut
oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Azkaar)
Antara doa yang bagus untuk dibaca ialah seperti doa
‘Abdullah ibn ‘Amru sewaktu berbuka puasa:
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ
شَىْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
Maksudnya: Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon dengan
rahmat-Mu yang meliputi segala perkara, agar Engkau mengampuniku.
Sunan Ibn Majah (1753)
7 PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Perkara yang membatalkan puasa ada tujuh perkara:
1) Makan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak.
2) Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan
yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah
termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan
depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan
dubur.
3) Muntah dengan sengaja.
4) Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
5) Melancap. Yakni mengeluarkan air mani.
6) Datang darah haid atau nifas.
7) Gila dan murtad.
Semuanya membatalkan puasa apabila dilakukan secara sengaja
(kecuali gila), jika tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka tidak batal.
Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/241-245).
Perlu disebutkan juga, dalam kes pemakaian inhaler bagi
pesakit asthma, ditarjihkan pendapat tidak membatalkan puasa atas sebab darurat
dan lain-lain.
Sumber: harianpost.my
0 Response to "Waktu Berbuka & Imsak Negeri Johor 2022 (JAKIM)"