Impian Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan
Iskandar untuk memiliki trak Mack akhirnya berjaya direalisasikan.
Majlis penyerahan trak 'Mack' paling mahal di dunia itu
berlangsung di Dataran King George di Brisbane, pada Khamis.
Pembuatan trak berkenaan mengambil masa setahun di ibu
pejabat Mack Trucks di Wacol, Queensland.
Harga trak tersebut tidak didedahkan, namun sumber
memberitahu ia mungkin mencecah RM1.4 juta.
Menurut Naib Presiden Mack Trucks Australia, Dean Bestwick,
trak tersebut mempunyai elemen eksklusif dan tidak akan didapati dalam trak
Mack yang lain.
Antara ciri eksklusif yang dimaksudkan ialah enam kamera
litar tutup (CCTV), dua set televisyen, dapur barbeku dan katil kelamin, selain
tempat duduk yang dijahit dengan benang emas.
Trak itu akan mula digunakan dalam satu majlis amal hujung
bulan ini. Namun, lokasi majlis tersebut tidak didedahkan.