Tiada Lagi Pemeriksaan Status Vaksinasi, Daftar Maklumat Vaksinasi Untuk Masuki Haramain
KUALA LUMPUR: Memasuki fasa peralihan endemik, had kapasiti
pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan,
perkara yang sama juga akan diguna pakai untuk aktiviti keramaian dan sosial
termasuk kenduri kahwin.
"Berhubung keperluan vaksinasi, had kapasiti pekerja
yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan. Semua
individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.
"Jadi tidak timbul ada dos penggalak atau tiada, begitu
juga dengan pekerja yang sebelum ini dihadkan kepada jumlah. Sekarang tiada had
dan tidak lagi perlu bergantung kepada vaksin," katanya pada sidang media
di bangunan Parlimen di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, had kapasiti
50 peratus yang ditetapkan untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai
juga dimansuhkan.
"Dengan pengumuman peralihan ke endemik, had tersebut
akan dimansuhkan secara menyeluruh.
"Dengan peralihan ke fasa endemik ini, had tersebut
dimansuhkan secara menyeluruh, bermakna tiada lagi ada had 50 peratus tetapi
penjarakan fizikal perlu dijaga.
"Kalau majlis kenduri, sebelum ini di ballroom kita
hadkan (kapasiti) kepada 50 peratus, sekarang kita mansuhkan had tersebut.
Tetapi perlu ada penjarakan fizikal yang munasabah dalam dewan tersebut,"
kata beliau.
- astroawani
Jika langsung tak ada dos, boleh dine-in dan masuk shopping mall tak?
ReplyDelete