KUALA LUMPUR
– Kerajaan sudah tiada alasan untuk tidak memenuhi harapan rakyat menuntut
pengeluaran wang simpanan merekabagi pengeluaran terakhir RM10,000 Kumpulan
Wang Simpan Pekerja (KWSP), kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.
Ini kerana,
semua parti politik – Barisan Nasional, Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP
sepakat untuk menyokong pengeluaran i-Citra KWSP.
Menurutnya,
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz akan menjawab hari
ini segala perbahasan yang dikemukakan
oleh ahli-ahli Parlimen sepanjang membahaskan usul menyokong titah Yang
di-Pertuan Agong.
”Tiada lagi
alasan untuk Kerajaan tidak memenuhi harapan rakyat yang terdesak, tertekan dan
amat susah ketika ini untuk menuntut pengeluaran wang simpanan mereka.
Apatah lagi
apabila hampir semua Ahli Parlimen yang mewakili parti-parti Politik daripada
kerajaan mahupun pembangkang, telah mula merubah pendirian asal dengan
menyokongnya dalam perbahasan mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook.
–
MalaysiaGazette