Terkini: Jadual, Tarikh & Jumlah Bayaran Bagi Setiap Fasa Yang Akan Diterima 28 Mac 2022
8.6 juta penerima akan mendapat RM100 hingga RM300
berdasarkan kelayakan bagi pembayaran Fasa 1 BKM.
Bagi memastikan tiada yang tercicir daripada Bantuan
Keluarga Malaysia (BKM), penelitian terperinci telah dilaksanakan oleh LHDN. ⠀⠀
Difahamkan terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis
oleh LHDN untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.
Di sini kami kongsikan kenyataan media Perdana Menteri yang
baru diumumkan sebentar tadi:
Sila rujuk cara untuk anda membuat semakan status BKM serta
maklumat tentang pembayaran yang bakal diterima mengikut kategori.
Log Masuk MyBKM
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada
golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat
berpendapatan rendah.
Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian
untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai
rekod permohonan BKM 2022.
Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang
telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk
Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.
Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab
soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat
dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh
menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM
1-800-88-2747.
Semakan Status BKM Fasa 1
Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini
maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman
web myBKM.
Sila rujuk langkah di bawah:
1. Layari Portal
Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini :
https://bkm.hasil.gov.my.
2. Klik [LOG
MASUK BKM].
3. Untuk makluman
anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan
Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR.
Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan
Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.
4. Sila masukkan
Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
5. Klik [Semak].
6. Buat
pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
7. Klik [Ya] jika
kunci keselamatan anda betul.
8. Sila masukkan
Kata Laluan anda.
9. Klik [Log
Masuk].
10. Anda akan dibawa
ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM).
11. Klik Menu
[Semakan Status].
12. Maklumat Semakan
BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
13. Status
Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau
Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
14. Maklumat
Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh
Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai
memproses maklumat pemohon.
15. Selesai.
Pastikan ada dinyatakan Permohonan Diterima seperti dalam
gambar di bawah.
NOTA PENTING: Jika anda menerima status seperti di bawah,
pastikan anda menghubungi pihak LHDNM dengan segera.
Terlupa Kata Laluan
Tak boleh login?
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika
mengalami masalah terlupa password BKM tersebut:
1. Layari laman
web BKM di pautan : https://bkm.hasil.gov.my/. Klik “Log Masuk BKM”
2. Klik “Terlupa
Kata Laluan”
3. Masukkan
nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
4. Masukkan e-mel
yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
5. Semak
sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
6. Jawab soalan
keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
7. Masukkan kata
laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah
berjaya.
Lupa Kata Laluan BKM? Ini Cara Reset ID & Tukar Password
Tarikh Bayaran BKM Fasa 1
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan 4
kali setahun.
Tarikh rasmi pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan
28 Mac 2022.
Sila rujuk jadual berikut:
TERKINI: Jadual Pembayaran BKM 2022
Fasa 1 : 28 Mac 2022 (dikemaskini)
• Isi rumah
• Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
• Bujang
Fasa 2: Jun 2022
• Isi rumah
• Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Fasa 3 : September 2022
• Isi rumah
• Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
• Bujang
Fasa 4 : Disember 2022
• Isi rumah
• Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Jumlah Bayaran BKM Fasa 1 – Fasa 4
Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh
pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon Bantuan
Keluarga Malaysia yang layak mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah
seperti berikut:
• Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah
berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
• Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah
berstatus Warga Emas
Buat masa ini jumlah bayaran bagi setiap fasa belum
diumumkan. Maklumat ini akan dikemaskini setelah mendapat info sahih dari pihak
LHDN.
Kaedah Pembayaran
Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 /
BKC sebelum ini:
Berjaya Kredit
• Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh
pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam
pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
Gagal Kredit
• Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
• Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh
permohonan/ kemaskini BKM.
B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank
• Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
• Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh
permohonan/ kemaskini BKM.
Maklumat Lanjut / FAQ Bantuan Keluarga Malaysia
Sila rujuk jadual di bawah:
FAQ_BantuanKeluargaMalaysia_BKM
Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM melalui
pautan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html
ATAU rujuk soalan lazim (FAQ) Bantuan_Keluarga Malaysia .
Sumber: ecentral.my
0 Response to "Terkini: Jadual, Tarikh & Jumlah Bayaran Bagi Setiap Fasa Yang Akan Diterima 28 Mac 2022"