Berita baik
buat rakyat Malaysia! Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin
Yaakob pada 13 Mac 2022 di Kompleks Rakan Muda, Bera telah merasmikan Program
Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM).
Program ini
merupakan salah satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kementerian
Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPU). Dalam
pelancaran itu, seramai 404 orang asli di Daerah Bera, Pahang telah terpilih
untuk diberikan Lesen Motosikal Kelas B2.
Ikuti perkongsian
di bawah untuk maklumat lanjut syarat kelayakan Bantuan Lesen Memandu Keluarga
Malaysia (BLKM).
PROGRAM
BANTUAN LESENN MEMANDU KELUARGA MALAYSIA (BLKM)
Program
Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) diperkenalkan oleh kerajaan
dengan matlamat untuk:
· Memudahkan belia mendapat lesen
memandu motosikal
· Memperolehi maklumat berkenaan dengan
peraturan jalan raya
· Membantu mempermudahkan urusan harian
individu berkelayakan setelah dapat lesen
· Meningkatkan ekonomi mereka setelah
mendapat kemudahan lesen memandu
Melalui
inisiatif Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM), belia akan diberikan
latihan serta kesedaran untuk mematuhi undang-undang di jalan raya.
Perdana
Menteri dalam ucapannya turut menyeru supaya penerima BLKM ini dapat menjadi
contoh pengguna jalan raya yang berdisiplin dan berhemah dengan mematuhi segala
peraturan dan undang-undang jalan raya, serta menyumbang kepada penurunan kadar
kemalangan jalan raya di negara ini.
Hal ini
bertepatan dengan Aspirasi Kerajaan untuk mengurangkan jumlah kematian akibat
nahas jalan raya sebanyak 50%, menjelang tahun 2030.
SYARAT
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN LESEN
Untuk
makluman anda, kerajaan mengkhususkan Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia
ini kepada:
· Masyarakat yang memerlukan,
· Terutamanya yang tidak mempunyai
kemampuan ekonomi untuk akses kepada kemudahan latihan memandu yang
dikendalikan oleh Institut Memandu (IM)
Penerima
bantuan ini diberikan Lesen Motosikal B2 melalui tapisan yang ditetapkan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (UPJ) iaitu:
· Warganegara Malaysia
· Tidak pernah memiliki sebarang lesen
memandu
· Sihat tubuh badan dan mental
· Tiada kecacatan fizikal
· Tidak disenarai hitam oleh JPJ dan
· Polis Diraja Malaysia
KADAR
BAYARAN
Setakat ini,
pihak JPJ dan kerajaan masih tidak memaklumkan sebarang bayaran untuk Bantuan
Lesen Memandu Keluarga Malaysia ini.
· Kadar bayaran: AKAN DIKEMASKINI
Namun
menurut laporan oleh UKAS, dalam Program Bantuan_Lesen Memandu Keluarga
Malaysia sebelum ini, setiap peserta hanya dikenakan bayaran sebanyak RM250
dengan menghadiri kursus singkat berbanding kos sebenar yang berjumlah RM750
seorang.
CARA
MOHON BANTUAN LESEN MEMANDU KELUARGA MALAYSIA
Buat masa
ini, kerajaan dan JPJ masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau
pengumuman rasmi berkenaan cara mohon Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia
(BLKM) ini.
Sekiranya
ada makluman terbaru daripada pihak Kerajaan berkenaan permohonan Bantuan Lesen
Memandu Keluarga Malaysia, perkongsian ini akan dikemaskini semula.