Panduan Semakan Status Bayaran BKM Fasa 1(Bantuan Keluarga Malaysia 2022)
Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000
bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul
Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan
kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak
dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.
“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum
ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak
RM1,800.
“Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan
memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,”
katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) untuk makluman bersama.
Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal dan bantuan tunai
ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih
ramai penerima yang layak.
Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:
Bajet2022, kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia
(BKM) dengan beberapa pembaharuan.
BKM ini akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan
peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan
peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.
KATEGORI 1: BUJANG
Bagi individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah seramai
3.8 juta akan menerima sebanyak RM350 seorang.
KATEGORI 2: KELUARGA
Manakala bagi isi rumah yang mempunyai 3 orang anak atau
lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 akan menerima RM2,000.
KATEGORI 3: WARGA EMAS
Kategori baharu iaitu warga emas bujang yang berpendapatan
kurang RM5,000 akan menerima RM600.
Tarikh Permohonan / Kemaskini Maklumat
Bagi permohonan baharu dan kemas kini BKM, tempoh
pendaftaran akan dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 bagi
memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data Kerajaan diberikan
peluang untuk memohon.
Siapa Perlu Buat Permohonan Baharu & Kemaskini
Maklumat?
i) Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:
·
Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau
tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
·
Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
atau
·
Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk
individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat
ii) Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:
·
Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus
BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod
dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
Bagi penerima sedia ada (BPR 2021 dan BKC) yg mempunyai
perubahan maklumat,
·
Status Perkahwinan
·
Bilangan Anak
·
Jumlah Pendapatan
Anda boleh mengemaskini BKM 2022 di link :
Pendapatan 0 – Perlu Kemaskini Atau Tidak?
Saya telah membuat permohonan BPR 2021 sebelum ini dan
telah membuat pilihan pendapatan isi rumah (RM1 – RM2,500). Semakan mendapati
ruangan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) BKM 2022
adalah RM0. Adakah saya
perlu kemaskini semula pendapatan berkenaan?
Bagi penerima BPR 2021 / BKC sebelum ini, ruangan pendapatan
permohonan BKM 2022 akan dipaparkan dengan amaun RM0. Oleh itu, pemohon BKM
2022 PERLU mengemaskini ruangan berkenaan berdasarkan pendapatan terkini
Pemohon dan Pasangan bagi semakan kelulusan BKM 2022.
Permohonan dan kemaskini maklumat boleh dibuat melalui laman
web rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan berikut:
Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 – 4
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia akan dilaksanakan 4
kali setahun.
Tarikh pembayaran pertama, iaitu BKM Fasa 1 dijangka bermula
pada bulan Mac 2022.
Cara Semak Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)
1.
Layari https://bkm.hasil.gov.my/
2.
Klik Log Masuk
3.
Setelah berjaya log masuk, klik Semakan Status.
4.
Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua
maklumat bertanda *
5.
Klik Teruskan
6.
Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
7.
Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan
8.
Klik Butang Hantar bagi meneruskan permohonan
9.
Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang
Cetak untuk simpan rekod permohonan
Rujuk langkah bergambar di bawah:
Dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik adalah seperti
berikut :
·
Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai.
·
Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak.
·
Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan
Baru.
Bagi mereka yang TIDAK mempunyai sebarang perubahan
maklumat, anda boleh login utk memastikan permohonan anda ada dan telah
diterima di dalam sistem BKM 2022.
Semakan Status BKM Fasa 1 – Permohonan Diterima / Tidak
Setelah selesai membuat kemaskini maklumat, sila semak
semula status permohonan anda.
Caranya, sila login seperti biasa dan lihat pada status
permohonan.
Pastikan ada dinyatakan Permohonan Diterima seperti
dalam gambar di bawah.
NOTA: Pastikan anda merujuk kepada LHDN sekiranya mendapat
status lain seperti di bawah.
Tarikh Fasa Bayaran BKM 2022
TERKINI: Jadual Pembayaran BKM 2022
Fasa 1 : Mac 2022
·
Isi rumah
·
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
·
Bujang
Fasa 2: Jun 2022
·
Isi rumah
·
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Fasa 3 : September 2022
·
Isi rumah
·
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
·
Bujang
Fasa 4 : Disember 2022
·
Isi rumah
·
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Kadar Bayaran BKM Fasa 1 – Fasa 4
Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali setahun dan tarikh
pembayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon Bantuan
Keluarga Malaysia yang layak adalah berbeza berdasarkan kategori seperti
berikut:
KADAR TAMBAHAN BKM
Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah
seperti berikut:
·
Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi
rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
·
Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah
berstatus Warga Emas
Buat masa ini jumlah bayaran bagi setiap fasa belum
diumumkan. Maklumat ini akan dikemaskini setelah mendapat info sahih dari pihak
LHDN.
FAQ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Dikongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia
untuk rujukan semua yang dikemaskini oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi
laman web BKM.
Maklumat Lanjut
·
Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
·
Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
·
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
·
e-Mel : bkm@treasury.gov.my
Borang
·
Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM
·
Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok BKM
·
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM
·
Borang Pembatalan Permohonan BKM
FAQ
·
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
·
MyBKM
Satu pun tak bersangkutan tajuk?seronok Kut menipu orang dalam kesusahan ni?semoga Allah balikkan permainan jiwa oleh para2 munafik ni.tunjulan pada mereka apa yg kami alami.malah timbunkan pada mereka juga dengan parah!Aamiin...Aamiin ya Rabb
ReplyDeletePalingkan mereka limpah dan rahmat Mu..semoga ada40 atau lebih mainkan bersama2..moga BN dimakbulkan