BANTUAN
AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA UNTUK BENGKEL BERDAFTAR & TIDAK BERDAFTAR
Kerajaan telah mengumumkan Baucar Diskaun Automotif #KeluargaMalaysia Untuk Pembaikan & Penggantian Kenderaan Terjejas Akibat Banjir.
Inisiatif
yang digerakkan dengan kerjasama syarikat automotif itu juga menawarkan diskaun
sekurang-kurangnya 25 peratus bagi kerja pembaikan dan kos tunda kenderaan
secara percuma.
⠀
Baucar
sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang
persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak
akibat banjir.
Berikut
dikongsikan info lanjut dan cara membuat penebusan diskaun ini.
Apakah
Bantuan Automotif Keluarga Malaysia?
Diskaun
sekurang-kurangnya 25% bagi kerja pembaikan; kos tunda kenderaan percuma; dan
baucar diskaun sehingga RM1,000.⠀
Pengurangan
kos akan dipotong terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau penggantian
melalui invois dikeluarkan pusat servis dan pengedar sah serta bengkel yang
tidak berdaftar.
TERKINI:
BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA (BENGKEL TIDAK BERDAFTAR)
BAKM kepada
mangsa banjir diperluaskan kepada bengkel kenderaan tidak berdaftar.
Bantuan
Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) berkuatkuasa pada 18
Disember 2021 hingga 31 Mac 2022 selaras dengan jangkaan tempoh monsun timur
laut.
Jenis
kenderaan yang layak adalah kenderaan yang rosak akibat banjir dalam kategori
kenderaan persendirian (termasuk kenderaan penumpang, trak pikap, van dan
motosikal) tanpa perlindungan insuran bencana alam sahaja.
Hanya
kenderaan persendirian yang TIDAK DIHANTAR ke pusat servis / pengedar
sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat
tuntutan.
Syarat
Permohonan
· Warganegara Malaysia.
· Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar
dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
/ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
· Kenderaan milik persendirian [Ketua
Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)] yang rosak akibat banjir berdasarkan
resit yang disertakan.
· Kenderaan yang tidak dilindungi oleh
insuran bencana alam.
Cara
Permohonan
1.
Dalam
talian di Portal Rasmi Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (https://bantuanautomotif.hasil.gov.my)•
Klik menu Permohonan atau Mohon Disini; atau
2.
Secara
Manual (Borang Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia)
Muat Turun Disini di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana
(PKOB) atau Cawangan LHDNM yang berdekatan.
Senarai
Syarikat & Bengkel Terlibat
Berikut
adalah senarai syarikat dan bengkel yang terlibat untuk bantuan diskaun ini.
Senarai
syarikat dan bengkel yang terlibat akan ditambah dari semasa ke semasa.⠀