Panduan Protokol kesihan Yang Perlu Dilakukan Jika Mempunyai Gejala Atau Positif Covid-19
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan beberapa
protokol kesihatan untuk memudahkan masyarakat membuat keputusan sekiranya
seseorang individu tersebut terdedah atau mgalami gejala-gejala positif
Covid-19
Apa yang perlu dilakukan jika anda terdedah kepada pesakit
COVID-19 atau telah disahkan positif COVID-19?
(Saya rasa tidak sihat)
Apa yang perlu dilakukan jika anda rasa tidak sihat?
·
Jika anda rasa tidak sihat, kekal bertenang.
·
Jika bergejala, segera asingkan diri dan lakukan
ujian pengesanan COVID-19 RTK(Ag) kendiri.
·
Jika positif, tidak perlu lakukan ujian RT-PCR.
Kuarantin diri dan rujuk protokol pengurusan kes positif COVID-19.
Anda juga digalakkan melakukan ujian pengesanan COVID-19
kendiri dalam situasi berikut:
(Saya positif COVID-19)
·
Kategori 1 dan 2A (tidak bergejala atau
bergejala ringan) tidak perlu ke COVID-19 Assessment Centre (CAC). Hanya perlu
kuarantin di rumah
·
Laporkan status kesihatan dua kali sehari
melalui Health Assesstment Tool (HAT) di MySejahtera
·
Kategori 2B dan ke atas, golongan berisiko
tinggi seperti warga emas 60 tahun ke atas, individu mempunyai komorbid, wanita
mengandung dan individu yang tidak lengkap atau tidak divaksinasi dikehendaki
hadir ke CAC
·
Jika gejala merosot, segara ke CAC atau fasiliti
kesihatan terdekat
·
Tempoh kuarantin yang ditetapkan adalah sama
bagi kes positif bergejala atau tidak bergejala
Bagaimana mengasingkan diri dengan selamat?
Sebagai kes positif
Sebagai ahli keluarga dari isi rumah yang sama
Cara melaporkan keputusan ujian pengesanan COVID-19
kendiri di MySejahtera
Cara melaporkan kontak rapat
(Saya kontak rapat)
·
Anda adalah kontak rapat jika anda telah
berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19, sama ada bersemuka lebih
daripada 15 minit pada jarak kurang dari 1 meter tanpa memakai pelitup muka
atau bersentuhan.
·
Bagi yang bergejala atau belum menerima dos
penggalak, sila kuarantin mengikut tempoh yang ditetapkan.
·
Untuk tujuan pelepasan, ujian pengesanan
COVID-19 RTK(Ag) kendiri tidak perlu dilakukan jika tidak bergejala.
·
Tempoh kuarantin tidak berubah walaupun
bergejala semasa dalam tempoh kuarantin dengan syarat keputusan ujian
pengesanan COVID-19 RTK(Ag) adalah negatif.
·
Pantau gejala dan tahap kesihatan sepanjang
kuarantin dan laporkan melalui Health Assesstment Tool (HAT) di MySejahtera.
Jika bergejala, lakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK(Ag) kendiri. Jika
keputusan ujian positif, ikuti protokol pengurusan kes positif.
·
Kontak rapat yang lengkap vaksinasi dan baru
dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 60 hari yang lepas tidak perlu menjalani
kuarantin.
(Saya pengembara)
·
Pengembara bukan warganegara yang ingin masuk ke
Malaysia mestilah lengkap divaksinasi
·
Setiap pengembara yang masuk ke Malaysia perlu
mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan
·
Lakukan ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan
juga apabila tiba di Pintu Masuk Antarabangsa
·
Kanak-kanak yang belum layak untuk divaksin
dibenarkan untuk mengikut tempoh kuarantin ibu bapa atau penjaga yang
mengembara bersama.
Protokol bagi pengembara yang pernah dijangkit COVID-19
Pegembara yang pernah dijangkit COVID-19 dikecualikan
daripada kuarantin wajib setibanya di Malaysia sekiranya memenuhi syarat-syarat
di bawah:
·
Pengembara hendaklah telah menerima vaksin
lengkap dengan bukti penerimaan vaksin
·
Bukti telah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 11
hingga 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia, melalui keputusan ujian yang
dicetak atau secara digital
·
Pengembara yang mempunyai sejarah kemasukan ke
hospital kerana dijangkiti COVID-19 perlu mengemukakan surat ‘Fit to Travel’
daripada hospital terbabit
·
Bagi yang tidak dimasukkan hospital, perlu
menjalani ujian saringan RTK(Ag) profesional 2 hari sebelum berlepas.
Hanya dibenarkan berlepas jika keputusan ujian negatif
Pengembara yang tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi
perlu menjalani kuarantin wajib selama 7 hari.
Protokol bagi pengembara yang masuk ke Malaysia melalui
Vaccinated Travel Lane (VTL), Langkawi International Travel Bubble (LITB) dan
MIDA-One Stop Centre (MIDA OSC)
·
Lakukan ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan
juga apabila tiba di Pintu Masuk Antarabangsa
·
Tiada kuarantin
Untuk maklumat lanjut tekan butang berikut:
(Saya kontak kasual)
·
Kontak kasual adalah individu yang berada dekat
dan berkemungkinan terdedah kepada kes positif tanpa diketahui.
·
Kontak kasual berisiko rendah untuk dijangkiti
berbanding kontak rapat.
Adakah status risiko di MySejahtera akan bertukar?
·
Jika MyJ Trace atau Check-in mengesan anda
berkemungkinan terdedah kepada kes positif, status risiko di MySejahtera tidak
akan bertukar kepada ‘High Risk’. Status kekal kepada ‘Low Risk’.
·
Anda akan menerima satu notifikasi yang
memaklumkan bahawa anda telah dikesan sebagai kontak kasual.
·
Anda digalakkan untuk terus memantau gejala dan
tahap kesihatan.
·
Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian
pengesanan COVID-19 RTK(Ag) kendiri.
·
Jika keputusan ujian positif, ikuti protokol pengurusan kes positif.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
0 Response to "Panduan Protokol kesihan Yang Perlu Dilakukan Jika Mempunyai Gejala Atau Positif Covid-19"