Permohonan Terbuka Jawatan Pemandu Kenderaan H11
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk
memohon jawatan terbuka Pemandu Kenderaan H11 sebagaimana berikut:
1. Pemandu Kenderaan H11
PERMOHONAN
Permohonan untuk jawatan diatas dibuka sepanjang tahun.
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online SPA melalui
pautan dibawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih
dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
SYARAT LANTIKAN
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan;
3. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan
oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan berkebolehan memandu, mengendali dan
menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji Minimum : RM1,218.00
Gaji Maksimum : RM2,939.00
Kenaikan Tahunan : RM80.00
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat
terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja
akan dipanggil temuduga. Mohon DISINI
Lokasi : TERBUKA SELURUH NEGARA
Tarikh Tutup : TERBUKA SEPANJANG TAHUN
0 Response to "Permohonan Terbuka Jawatan Pemandu Kenderaan H11 "