[Cara Dan Panduan] ~ Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Kerajaan telah membenarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
untuk ahli.
Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu, orang ramai
berterima kasih dan berpendapat pengeluaran khas berkenaan tepat dengan hasrat
serta keperluan rakyat ketika ini.
PERINCIAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000
Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana
Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk
ahli yang masih terkesan dengan pandemik.
Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini
dan mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.
Berikut dikongsikan sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan
oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebentar tadi.
Portal Pengeluaran Khas KWSP 2022 Akan Dibuka Mulai 1 April
Portal Pengeluaran Khas KWSP kini dibuka untuk memudahkan
pemohon membuat pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000 seperti yang diumumkan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pengeluaran_Khas
yang dimuatnaik di Portal berkenaan.
Perincian Pengeluaran_Khas maksimum RM10,000 KWSP:
·
Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55
tahun
·
Tarikh permohonan online 1 April hingga 30 April
2022
·
Semakan status kelulusan bermula 9 April 2022
·
Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
·
Jumlah pengeluaran KWSP maksimum RM 10K, minimum
RM50
·
Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2
(Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)
Tarikh Permohonan
·
1 April – 30 April 2022
Cara Permohonan
Permohonan Pengeluaran_Khas KWSP boleh dibuat menerusi
portal http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
atau menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April hingga 30 April 2022.
Rujuk langkah permohonan berikut:
1.
Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ dan
pilih MOHON SEKARANG.
2.
Isikan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon
Bimbit.
3.
Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui
pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
4.
Tentukan AMAUN PILIHAN PENEGLUARAN. Rujuj pada A
atau B di sebelah kanan.Tekan TERUSKAN.
·
Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN
PILIHAN PENGELUARAN.
·
Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan
menaip amaun pilihan.
5.
Tekan TERUSKAN.
6.
Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran
dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN.
7.
Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan
Perakuan. Tandakan (/) sebelum tekan HANTAR.
8.
Selesai!
Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022
Kaedah Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja
(single payment)
Syarat Kelayakan
·
Ahli KWSP berumur bawah 55 tahun
·
Warganegara dan bukan warganegara termasuk
pemastautin tetap
·
Mempunyai jumlah simpanan KWSP
sekurang-kurangnya RM150
Sumber: Facebook KWSP
0 Response to "[Cara Dan Panduan] ~ Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000"