Pelaksanaan Kadar Gaji Minimum RM1500 Sebulan Mulai 1 Mei 2022

PELUANG KERJAYA
0

 

PELAKSANAAN KADAR GAJI MINIMUM RM1500 SEBULAN MULAI 1 MEI 2022

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1500 sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara.

 

Perdana Menteri, DS Ismail Sabri Yaakob berkata penetapan itu dibuat susulan kos sara hidup semakin meningkat yang akan menekan golongan B40.

 

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebentar tadi.

 

Sebelum ini, kajian semula gaji_minimum telah dijalankan selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang mana ia perlu dikaji sekali dalam dua tahun.

 

Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dipertanggungjawabkan membuat kajian dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kestabilan ekonomi, rangsangan Keluaran Dalam Negara Kasar, kos dan standard kehidupan rakyat.

 

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun PERINTAH GAJI_MINIMUM WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN : Warta Perintah Gaji_Minimum 2020_P_U_A_5 Download

 

Atau

 

Rujuk Perintah Gaji Minimum 2020 sepenuhnya di sini: https://www.mohr.gov.my/

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !