MySalam : Ada Yang Dah Dapat Duit MySalam !
Apakah Skim MySalam?
Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif
Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma
kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.
Antara manfaat MySalam ialah mereka yang dilindungi dapat
menuntut RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu
daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi
untuk maksimum 14 hari, termasuklah kuarantin 14 hari yang diwajibkan untuk
mengekang Covid-19.
Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa
pada 1 Januari 2019 dan Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan
mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai
tahun 2022.
Syarat Kelayakan MySalam Covid-19
Antara syarat kelayakan Skim
MySalam Covid-19 ini adalah penerima BSH yang:
1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan
kurang daripada RM24,000 setahun.
Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS
atau makluman kelayakan tersebut, anda boleh e-mel terus kepada pihak mereka di
info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang
beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.
NOTA: COVID-19: Sila maklum bahawa tuntutan bagi manfaat
hospitalisasi berkaitan kes kuarantin kontak rapat COVID-19 (PUI) akan diterima
bagi kuarantin sehingga 31 Oktober 2021 sahaja.
Cara Semak Kelayakan MySalam
Untuk menyemak kelayakan, anda boleh juga melakukannya
secara online dengan langkah berikut:
1. Layari www.mysalam.com.my
2. Masukan kad pengenalan tanpa(-)
3. Klik semak
4. Di ruangan bawah akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU
TIDAK LAYAK sebagai penerima manfaat MySalam
Sila ke pautan berikut untuk Cara Buat Tuntutan MySalam Covid-19
Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan
hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah
menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap,
ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah
diterima untuk memproses tuntutan.
Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian
www.mysalam.com.my.
Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui
SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.
Contoh permohonan yang lulus
adalah seperti berikut:
Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan
dan jenis tuntutan anda.
Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang
permohonan.
Anda akan menerima notifikasi SMS seperti berikut:
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Anda juga boleh menghantar e-mel bagi sebarang pertanyaan di
info@mysalam.com.my atau hubungi talian MySalam di 1 300 888 938 yang
beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
0 Response to "MySalam : Ada Yang Dah Dapat Duit MySalam !"