Maksud Kod Tidak Lulus BKM & Dokumen Diperlukan Untuk Buat Rayuan
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai
Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan
kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia
telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40
& M40, warga emas dan bujang.
Orang ramai dah boleh mula buat semakan status kelulusan
masing-masing mulai 28 Mac 2022 dan akan terima bayaran mengikut jadual
pembayaran yang ditetapkan. Bagi yang tidak lulus, anda masih berpeluang untuk
buat permohonan rayuan mulai 2 Mei 2022.
Apa kod tidak lulus Bantuan Keluarga Malaysia anda? Ikuti
perkongsian di bawah untuk ketahui dokumen diperlukan untuk buat permohonan
rayuan bagi setiap kod tidak lulus yang dinyatakan.
MAKSUD KOD TIDAK LULUS BKM & DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah maksud-maksud kod tidak lulus BKM dan dokumen
diperlukan untuk buat permohonanbrayuan:
Kod 04 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/
Pasangan melebihi RM5,000
π Tidak perlu sebarang
pembuktian pendapatan
π Semakan pendapatan akan
dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia (MoF)
Kod 06 - Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi
Kategori Bujang
π Semakan status Orang
Kurang Upaya (OKU) akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah
dilantik oleh Kementerian Kementerian Malaysia (MoF)
π Jika tidak wujud,
dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
- Kad OKU yang berdaftar dengan JKM
π Bagi yang memenuhi
syarat Bujang, anda hanya perlu buat permohonan rayuan dan kemaskini data sekiranya
diperlukan
- Bujang atau lbu atau Bapa Tunggal/ Bali/ Janda/ Duda yang
tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21 59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
Kod 08 Hubungan Pertalian antara Anak danbPemohon/ Pasangan
tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
π Dokumen asal dan
salinan yang perlu
dikemukakan ialah:
i) MyKAD/ MyKID Anak
i) Sijil Lahir Anak/ Sijil Daftar Anak
Angkat ( bagi pengesahan hubungan
pertalian)
Kod 09 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon
melebihi RM2,500
π Tidak perlu sebarang
pembuktian
pendapatan
π Semakan pendapatan akan
dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia (MoF)
Kod 13 Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
π Semakan maklumat
perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah ditarik oleh
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Kod 15 Semakan rekod agensi mendapati jumlahbpemilikan
kenderaan Pemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi kemampuan bagi
golongan berpendapatan rendah B40
π Dokumen asal dan
salinan yang perlu dikemukakan:
i) Dokumen penukaran hak milik Kenderaan
i) Dokumen penjualan/ Pelupusan Kenderaan
Kod 18 - Pemohon tidak menetap di Malaysialbbekerja/ belajar
di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
π Tidak perlu sebarang
pembuktian menetap di Malaysia
π Semakan akan dilakukan
secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan
Malaysia (MoF)
Kod 21 Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain
π i) Status Kahwin
- MyKAD Pemohon
-Sijil/ Surat Pengesahan perkahwinan (Jabatan Agama Islam/
Jabatan pendaftaran Negara/ Majlis Anak Negeri Sabah/ Pejabat Daerah Sarawak/
Pejabat Residen Sarawak/ JAKOA/ Ketua Perbumi @ Ketua Kaum selain Kaum lban)
π i) Status lbu Bapa
Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda Sijil/ Surat Pengesahan perkahwinan (Jabatan Agama
Islam/ Jabatan pendaftaran Negara/ Majlis Anak Negeri Sabah/ Pejabat Daerah
Sarawak/ Pejabat Residen Sarawak/ JAKOA/ Ketua Perbumi @ Ketua Kaum selain Kaum
Iban)
- Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat anak dalam
permohonan)
Kod 32 Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian
yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
π Status Ibu Bapa
Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda
i) Sijil/ Surat Pengesahan Penceraian (Jabatan Agam Islam/
Jabatan Pendaftaran Negara/ Majlis Anak Negeri Sabah/ Pejabat Daerah Sarawak/
Pejabat Residen Sarawak/ JAKOA/ Tuai Rumah/ Ketua Peribumi @Ketua Kaum selain
Kaum lban)
i) Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat anak dalam
permohonan)
Kod 33 Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil
Kematian Pasangan
π Sijil Kematian Pasangan
yang dikeluarkan oleh KPM
π Sijil Lahir Anak (Jika
melaporkan maklumat Anak dalam permohonan
π Sijil Perkahwinan
(Pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia)
Permohonan rayuan bagi pemohon yang tidak lulusbadalah mulai
2 Mei 2022. Rujuk panduan di bawah:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pernyataan berkenaan
maksud kod tidak lulus BKM, anda boleh terus ke kaunter LHDN berdekatan atau
hubungi talian 1 800 88 2747.
0 Response to "Maksud Kod Tidak Lulus BKM & Dokumen Diperlukan Untuk Buat Rayuan"