KWSP Umum Permohonan Pengeluaran RM10K Hanya Melalui Portal Khas Ini
KWSP umum permohonan pengeluaran RM10K hanya melalui portal
khas ini.Permohonan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) hanya boleh dibuat melalui portal pengeluaran khas.
Melalui Facebook, KWSP berkata, untuk memastikan kelancaran
urusan permohonan, pencarum perlu memastikan nombor telefon bimbit terkini
berdaftar dengannya.
Pencarum juga perlu memastikan nombor akaun bank aktif dan
akaun di atas nama sendiri, bukannya akaun bersama atau akaun syarikat.
Ahli KWSP juga perlu menyemak baki simpanan.
Menurutnya, ahli yang tidak boleh mempunyai akaun bank boleh
memilih arahan bayaran sebagai kaedah bayaran.
KWSP berkata, soalan lazim pengeluaran khas akan dikongsikan
dalam masa terdekat.
Sebelum ini KWSP berkata, permohonan untuk pengeluaran khas
RM10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun akan bermula 1 April
ini dan berakhir pada hujung bulan depan.
Tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.
Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak
RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun
2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.
( 1 off )Malaysia the best
ReplyDeleteGreat job
ReplyDelete