Kerajaan Setuju Pengeluaran Khas KWSP RM10K – PM Ismail Sabri

PELUANG KERJAYA
1

 

Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri DS Ismail Sabri dalam sebuah kenyataan media pada jam 1.30 tengah hari sebentar tadi, 16 Mac 2022.

 Sumber: Facebook DS Ismail Sabri

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang...

Posted by Astro AWANI on Tuesday, 15 March 2022

Justeru, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Penjelasan lanjut dan detail mengenai khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP. Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

 

Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali, keadaan benar-benar mendesak. Saya berharap para pencarum, membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan demi masa hadapan." - Perdana Menteri

 

Persetujuan ini dibenarkan atas keprihatinan kerajaan yang ingin membantu mereka yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara dan menjejaskan pendapatan rakyat.

 

Sidang media itu disiarkan secara langsung di semua televisyen tempatan dan Facebook LIVE serta turut dimuatnaik di Twitter Perdana Menteri hari ini.

Post a Comment

1Comments

  1. Terbaik lah DS Ismail sentiasa mendengar keluhan rakyat & peka dgn keadaan semasa ini barulah PM rakyat 👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !