Kemudahan Pengeluaran Khas KWSP : Panduan Cara Buat Temu Janji Secara Online
Untuk makluman, baru-baru ini pihak Kerajaan telahpun secara
rasmi mengumumkan kemudahan pengeluaran Khas KWSP sehingga RM 10,000 telah
diluluskan.
Kepada ahli pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran ini
perlu melakukan perancangan dengan baik dalam usaha memudahkan proses
pengeluaran. Ia termasuklah dalam membuat temujanji di kaunter KWSP lokasi
berdekatan anda.
Masih ramai para pencarum ahli KWSP yang tidak tahun cara
yang betul untuk membuat temu janji di kaunter cawangan KWSP. Sebenarnya
terdapat cara mudah yang anda boleh buat untuk proses pengeluaran. Bagi
pengetahun umum, pada masa sekarang sekiranya anda mempunyai sebarang urusan
penting di kaunter KWSP, anda boleh secara langsung membuat temu janji atas
talian (Online) atau terus datang ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan anda.
Di bawah telah disediakan panduan cara mudah untuk membuat
temu janji di kaunter KWSP dengan cara yang betul dan cepat.
Membuat Temu Janji Secara Atas Talian Sebelum Berurusan
Di Kaunter
Anda disyorkan membuat temu janji secara online sebelum
berurusan di kaunter KWSP ialah bagi melancarkan dan memudahkan urusan
pengeluaran.
Ini kerana pada waktu pendemik Covid 19 masih ada di negara,
cara temu janji ini dapat mengelakkan kesesakan dari orang ramai menyerbu
kaunter cawangan KWSP dalam satu masa dan dengan janji temu ini, anda dapat
mengurangkan masa menunggu di mana-mana cawangan kaunter KWSP.
Berikut telah disediakan cara membuat temu janji online
Kauter KWSP untuk anda jadikan sebagai rujukan :
1.
Sila layari Portal Rasmi KWSP – DI SINI
2.
Selepas itu, pergi ke bahagian bawah dan tekan
‘Janji temu Online’
3.
Kemudian pilih ‘cawangan’ dan ‘negeri’ kawasan
anda
4.
Sila pilih jenis urusan di kaunter KWSP bagi
urusan anda
5.
Kemudian pilih tarikh berurusan. Info, hanya
tarikh yang berwana gelap sahaja yang mempunyai kekosongan janji temu
6.
Selepas itu, anda perlu melengkapkan maklumat
yang diperlukan sehingga tekan buat temu janji
7.
Status permohonan anda akan dipaparkan
8.
Anda akan menerima notis pengesahan permohonan
secara melalui e-mail atau sms sebagai peringatan
Nota Tambahan
Kepada ahli pencarum KWSP, anda boleh membuat permohonan
melalui janji temu online seawal 30 hari dan selewat lewanganya satu jam
sebelum masa temu jani. Ini tertakluk pada jumlah kekosongan slot janji temu
pada waktu dan tarikh yang anda mohon.
Waktu Kaunter KWSP Beroperasi
Berikut disediakan waktu operasi Kaunter KWSP untuk rujukan
anda :
Kaunter KWSP
– Waktu operasi > Bermula dari 8.30 pagi sehingga 4.30
petang pada hari bekerja sahaja
Khidmat Nasihat Perasaan (RAS)
-Waktu operasi> Bermula dari 9 pagi sehingga 4 petang
pada hari bekerja sahaja
Untuk makluman, janji temu ini bergantung kepada slot kekosongan
pada tarikh waktu yang anda mohon.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara
ini, anda boleh menghubungi pihak KWSP di talian khas seperti berikut :
No Tel > 03 8922 6000
Faks > 03 8922 6222
Waktu operasi : Hari Isnin hingga jumaat (8 pagi sehingga 5
petang)
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah
diperkenalkan oleh Kerajaan khususnya berbentuk kewangan. Jika anda ingin semak
senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila
ke Laman Utam yang telah disediakan untuk anda membuat rujukan – KLIK DISINI
0 Response to "Kemudahan Pengeluaran Khas KWSP : Panduan Cara Buat Temu Janji Secara Online"