Keluarga Muhammad Adib Terima Pampasan RM1.5 Juta
PETALING JAYA – Kerajaan membayar pampasan berjumlah RM1.5
juta kepada keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal
dunia pada tahun 2018.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
walaupun siasatan masih berjalan tetapi kerajaan telah membayar pampasan
tersebut kepada keluarga arwah yang dibuat pada 29 November 2021.
Menurut beliau, ia sebagai bukti kesungguhan UMNO dalam
membela nasib rakyat di negara ini.
“Kes kematian arwah Muhammad Adib sedang disiasat secara
menyeluruh dan telus serta diberikan pembelaan sewajarnya.
“Jawatankuasa khas siasatan telah membentangkan laporan
interim pada 15 Mac 2022,” katanya ketika penggulungan perbahasan Perhimpunam
Agung UMNO 2021 hari ini.
Muhammad Adib meninggal dunia selepas mengalami kecederaan
parah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya
dekat sini pada 27 November 2018.
-KOSMO! ONLINE
0 Response to "Keluarga Muhammad Adib Terima Pampasan RM1.5 Juta"