Hilang Harapan Keluarga, Remaja Rider Foodpanda Maut Ketika Mencari Rezeki
KUCHING: Hati ibu mana tidak luluh apabila anak yang menjadi
tulang belakang keluarga kini pergi selamanya selepas tragedi hitam meragut
nyawanya, hari ini.
Yuhanis Abdullah,20, maut selepas motosikalnya ditunggangnya
hilang kawalan dan terbabas di Jalan Samariang, berdekatan MCD Samariang ketika
sedang mencari rezeki untuk keluarganya.
Difahamkan, remaja lelaki itu merupakan anak sulung yang
menyara ibu dan seorang adik perempuan yang masih bersekolah manakala arwah
ayanhnya telah lama meninggal dunia.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak
Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, laporan kemalangan telah diterima
pihaknya sekitar jam 11.35 pagi tadi.
Katanya, lanjut di tempat kejadian mendapati kemalangan
berlaku melibatkan seorang penunggang motosikal yang merupakan penghantar
makanan Food Panda.
#sarawakupdatelive
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila remaja itu yang
datang dari arah lampu isyarat Jalan Sultan Tengah menghala ke Bulatan
Semariang hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan sebelum melanggar tiang
lampu di pembahagi tengah jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Alexson, akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan
meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) manakala siasatan lanjut masih diteruskan.
Sementara itu katanya, mangsa juga didapati tidak mempunyai
lesen kenderaan dan jasadnya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum
Sarawak (HUS) untuk pelaksanaan ujian Covid -19 sebelum bedah siasat
dijalankan.
"Waris remaja itu juga telah dimaklumkan berhubung
kemalangan tersebut dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta
Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya. #sarawakupdatelive
Kredit gambar Polis Trafik Sarawak
0 Response to "Hilang Harapan Keluarga, Remaja Rider Foodpanda Maut Ketika Mencari Rezeki"