“Dah Tu Aku Ni Kategori Apa?” – Netizen Geram Semak Status BKM Tidak Lulus
Perkongsian seorang pemilik Twitter tentang reaksi rakannya
setelah menyemak status Bantuan Keluarga Malaysia dalam talian mencuri
perhatian ramai pengguna media sosial di Twitter.
Pemilik akaun @Faashafiqah menulisan ciapan ringkas dengan
disertakan sekali tangkap layar perbualan bersama rakannya itu menarik
perhatian ramai. Menerusi perbualan tersebut, individu tersebut meluahkan rasa
marah dan geram kerana semakan status bantuan tidak lulus.
“Pelajar tak dapat sebab umur dah 24. Bujang tak dapat
juga. Dah tu aku ni kategori apa. Makhluk tuhan paling seksi?”
Netizen Adu Alami Masalah Masalah Sama
Melihat mesej perbualan yang dikongsikan pemilik Twitter
berkenaan, ramai pengguna media sosial juga meluahkan alami masalah yang sama
dan mempersoalkan
“Kategori bujang lapok”
“Aku ni umur 23 pun tak dapat nyah”
“Baru je habis latihan industri tunggu graduasi tapi
umur dah 26 habuk pun tak ada” ciap mereka
Menerusi carian Murai my di laman Bantuan Keluarga Malaysia,
syarat kelayakan bagi kategori bujang adalah individu berpendapatan bawah
RM2,500 dan had umur 21 tahun sehingga 59 tahun atau berumur 19 tahun ke atas
bagi Orang Kurang Upaya (OKU).
0 Response to "“Dah Tu Aku Ni Kategori Apa?” – Netizen Geram Semak Status BKM Tidak Lulus"