Dalam tempoh PKP ini, kebanyakan urusan di KWSP perlu
dilakukan secara temujanji termasuklah untuk urusan daftar i-akaun dan anda
boleh melakukannya dengan lebih cepat dan mudah melalui kiosk KWSP.
Orang yang buat temujanji pun ramai, jadi memang perlu beratur
agak lama jugalah kalau berurusan di kaunter. Oleh sebab itu, pihak KWSP
menggalakkan pelanggan melakukan urusan secara online melalui i-Akaun KWSP.
Malah, urusan permohonan i-Citra juga hanya dibuka secara
online. Jadi, bagi sesiapa yang belum daftar dan aktifkan i-Akaun, bolehlah
daftar di kiosk KWSP saja. Tak perlu beratur, tak perlu buat temujanji, boleh
walk-in bila-bila masa saja. Mudah kan? Di sini kami kongsikan caranya.
Pengaktifan i-Akaun KWSP
Bagi ahli KWSP yang belum ada i-Akaun, amat digalakkan
mendaftar sebab melalui i-Akaun ni boleh buat semua urusan KWSP secara online.
Antaranya:
• Kemaskini profil peribadi
• Semak kelayakan pengeluaran
• Semak baki simpanan
• Semak penyata KWSP
• Semak rekod caruman
• Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
• Menyemak maklumat penamaan
• Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
• Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah
pengeluaran
Perkhidmatan Yang Boleh Dilakukan Di Kiosk KWSP
Berikut adalah senarai urusan yang boleh dilakukan di Kiosk
:
• Aktivasi TAC
• Pendaftaran Ahli
• Cetak Penyata
• Pendaftaran i-Akaun
Cara Daftar i-Akaun Di KWSP
Untuk aktifkan i-Akaun, pengesahan cap jari ahli perlu
dilakukan bagi menjana Kod Pengaktifan i-Akaun menggunakan MyKad. Pengesahan
cap jari ini boleh dilakukan di kaunter KWSP atau kiosk KWSP.
Untuk mengaktifkan i-Akaun di kios KWSP, sila ikuti langkah
ini:
LANGKAH 1: Pengesahan Kad Pengenalan & Cap jari
• Masukkan nombor kad pengenalan anda.
• Masukkan nombor telefon terkini (pastikan nombor telefon
yang aktif) dan cap jari anda.
LANGKAH 2: Terima TAC
• Tunggu dalam 10 saat akan keluarkan kertas yang dipaparkan
nombor ID anda beserta dengan SMS kod TAC yang dihantar oleh KWSP.
LANGKAH 3: Download i-Akaun
• Sila install aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit.
• Masukkan nombor ID serta password.
• Masukkan lagi sekali nombor ID tadi dan kod TAC yang
dihantar oleh KWSP.
• Kemudian kemaskini password baharu.
• Selesai
Cara Semak Baki Akaun 1 & Akaun 2 Di Kiosk KWSP
Untuk membuat semakan baki Akaun 1 dan Akaun 2 di kios KWSP,
anda boleh melakukan langkah ini:
1. Pergi ke mana-mana kiosk KWSP. (Rujuk senarai di SINI)
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan cap jari.
3. Sila pilih pada butang ‘Semakan Penyata’.
4. Kiosk KWSP akan mengeluarkan Penyata Akaun 1 dan Akaun 2
beserta baki keseluruhan.
Senarai Lokasi Kiosk KWSP Setiap Negeri
Menurut senarai terkini di laman web KWSP, terdapat 69 kiosk
KWSP cawangan dan 737 kiosk pihak ketiga (third party kiosk) yang boleh
didapati di lokasi-lokasi pusat bandar di seluruh negara untuk memudahkan
pengurusan KWSP. Third party kiosk (Kios pihak ketiga) KWSP ini terletak di
kebanyakan bank seperti RHB, CIMB, Maybank, Bank Rakyat, Hong Leong Bank,
Alliance, malah juga terdapat di Aeon, Courts dan UTC.
Waktu Operasi Kiosk KWSP
bergantung kepada lokasi kiosk.
Anda boleh mencari lokasi kios KWSP terdekat melalui pautan
ini: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila
ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi
https://www.kwsp.gov.my/ms/home.