Macam mana cara untuk semak baki akaun 2 untuk pengeluaran
KWSP online? Berikut adalah panduan untuk ahli-ahli KWSP yang ingin buat
semakan baki, penyata dan status pengeluaran KWSP.
I-Akaun KWSP
KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) telah menyediakan satu
portal rasmi online yang dinamakan i-Akaun untuk para ahli membuat semakan
penyata dengan mudah tanpa perlu pergi ke kaunter atau pejabat KWSP.
Melalui i-Akaun ini juga, anda kini boleh membuat
e-pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Sayang.
Cara Semak Penyata i-Akaun
Daftar & Aktifkan i- Akaun
Sekiranya anda ingin membuat transaksi atau semakan, anda
perlu daftar dan aktifkan i-Akaun KWSP
anda melalui emel atau pergi ke kaunter/ kiosk KWSP berdekatan.
1. Log Masuk i-Akaun anda di
https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login .
2. Di ruangan User ID masukkan ‘Kod Pengaktifan’ yang
diterima.
3. Pengaktifan tersebut perlu dilakukan dalam masa 30 hari
selepas diterima.
4. Masukkan ‘Kata Laluan Sementara’, kemudian klik ‘Login’.
5. Log masuk dengan ID baru anda.
Semakan Penyata KWSP
1. Selepas aktifkan ID anda, log masuk menggunakan ID
Pengguna & Kata Laluan yang telah disahkan.
2. Pergi ke Akaun Peribadi dan sila pilih tahun yang anda
ingin semak pada ‘Lihat Penyata Bagi Tahun’.
3. Tekan ‘Cari’ dan maklumat penyata akaun anda akan
dipaparkan.
4. Anda juga boleh muat turun atau cetak penyata anda.
Kemudahan i-Akaun
Melalui kemudahan i-Akaun Kwsp ini, ada banyak kemudahan
lain yang disediakan seperti :
·
Buat e-Pengeluaran
·
Semak Penyata KWSP tahunan
·
Semak transaksi caruman
·
Kemaskini profil akaun
·
Semak log aktiviti
·
Semak status pengeluaran
Info Lanjut
Alhamdulillah, kemudahan-kemudahan yang disediakan kini
lebih mudah diakses hanya menggunakan hujung jari.
Sebarang pertanyaan mengenai KWSP anda boleh hubungi talian
hotline di 03-8922 6000 atau sila hadir di mana-mana cawangan KWSP yang
berdekatan.