Cara Memohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang saya
kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera
hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua
mengenai Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 oleh Agensi Pengurusan
Bencana Negara (NADMA).
Untuk makluman, entri ini ditulis berdasarkan post yang
disiarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara di laman Facebook rasmi
mereka. Untuk membaca tulisan asal bolehlah menekan pautan ini. (Klik di sini)
Untuk makluman semua, bantuan ini adalah untuk keluarga
waris yang meninggal akibat oleh Covid-19. Bantuan sebanyak RM5000 akan
diberikan kepada waris yang ahli keluarga mereka meninggal akibat Covid-19.
Syarat-syarat Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19
1.
Hanya pengesahan kematian berkaitan Covid-19
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja
terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
2.
Hanya kematian berkaitan Covid-19 yang
melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui
permohonan waris si mati.
3.
Hanya satu waris sahaja yang layak menerima
bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris
si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.
Kaedah Permohonan
1.
Mengisi borang permohonan dan memastikan
dokumen-dokumen lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan
ditolak.
2.
Antara borang yang diperlukan adalah : Borang permohonan (Lampiran A) yang telah disahkan oleh hospital yang memaklumkan
kematian berkaitan COVID-19 , Salinan sijil kematian, Salinan kad pengenalan
pemohon (waris si mati), salinan penyata bank (yang masih aktif) pemohon iaitu
waris si mati.
3.
Hantar permohonan yang lengkap melalui pos,
email ataupun whatapps ke NADMA:
Alamat pos:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri, Aras 7 Blok D5, Kompleks D
Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p: Sekretariat KWABBN)
Email:
bkcovid19@nadma.gov.my
Whatapps:
+6011-13218056
Kaedah Pembayaran Bantuan Khas
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund
Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam masa 30 hari dari tarikh
penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
0 Response to "Cara Memohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19"