Cara Keluarkan Wang ATM Tanpa Kad
Zaman Sekarang dunia sangat maju dalam aspek teknologi.
Dahulu kala kita mengunakan sistem barter, saling bertukar tukar barang untuk
sebarang transaki pembelian. Tapi hari ini kita sudah mencapai tahap
kecanggihan dimana keluarkan wang diatm tanpa perlu MENGUNAKAN KAD.
Buat pengetahuan anda, Maybank ialah antara bank yang
menawarkan perkhidmatan CARDLESS WITHDRAWEL dimana mana atm mereka. Mudah dan
selamat untuk mengeluarkan wang .
Perkhimatan ini membolehkan pelanggan mereka memindahkan
dana dan mengeluarkan wang cuma mengunakan telefon bimbit sahaja. Setelah
pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk
melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di
Malaysia tanpa kad ATM.
Khimat ini juga memudahkan pelanggan mengirimkan dana secara
tunai kepada keluarga dan rakan anda ketika mereka sangat memerlukan dan anda
juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar wang tunai kepada diri
.
Sebarang pengunaan servis ini pengguna harus mengisi maklumat
butiran dan akan mendapat kod keselamatan dan limit transaksi yang ditetapkan
cuma sebanyak RM300 sahaja. Cukuplah sekadar bantuan kecemasan sepanjang
ketidak hadiran dompet ditangan kita.
Sila ikut langkah dibawah:
Pastikan anda ada Maybank2u Apps seperti di bawah ini.
Selepas itu boleh tekan ikon ‘Mobile’ di penjuru kanan
bawah.
Pilih transaksi ‘Cardless ATM Withdrawal’.
Isi nama dan butiran lanjut seperti di bawah:
Selepas itu, sila pilih berapa amaun yang anda ingin
keluarkan.
Anda akan terima notifikasi seperti dibawah.
Setelah anda berada di ATM, anda akan menerima ID/KOD, boleh
ikut 2 langkah mudah ini:
1. Masukkan ID 16 digit yang anda terima
2. Masukkan kod 6 digit di mesin ATM
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Cardless Withdrawal dengan
Maybank, boleh rujuk laman web rasmi Maybank Malaysia di sini:
https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/services/funds_transfer/local/Cardless_withdrawal.page?
Credit Tik Tok: Fiyaart
0 Response to "Cara Keluarkan Wang ATM Tanpa Kad"