BKM Fasa 1: Tarikh Bayaran Bagi Penerima Bank Simpanan Nasional (BSN)
BKM Fasa 1: Tarikh Bayaran Bagi Penerima Bank Simpanan
Nasional (BSN). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan
kelayakan setiap penerima.
Menurut Perdana Menteri, ia merangkumi 4.0 juta isi rumah,
1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.
BANK SIMPANAN NASIONAL
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di
Sabah & Sarawak), bayaran akan mula diterima pada:
• 30 Mac 2022
Bayaran dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
di seluruh negara. Menurut Ismail Sabri, BSN akan mengeluarkan panduan
berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.
KATEGORI PENERIMA BKM FASA 1 & JUMLAH BAYARAN
Kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi
rumah dan bujang adalah seperti berikut:
Kategori Isi Rumah
Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
• Tiada anak: RM1,000
• 1 – 2 anak: RM1,500
• Anak melebihi 3: RM2,000
Pendapatan RM2,501 – RM5,000:
• Tiada anak: RM400
• 1 – 2 anak: RM600
• Anak melebihi 3: RM800
Kategori Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:
• Tiada anak: RM600
Kategori Bujang
Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
• Tiada anak: RM350
Menurutnya, isi rumah, warga emas dan individu bujang akan
menerima bayaran pada 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022 yang akan terus
dikreditkan ke akaun bank mereka.
“Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang
benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk
tempoh sebulan.
“Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan
yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta
dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.
“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan
terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya
kumpulan sasar,” ujarnya.
Untuk rekod, BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai
langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan
B40.
Sumber: Astro Awani
100? Hm nk beli barang utk puasa ap benda nya
ReplyDeletezaman sekarang hmmm100... Xckup kott
DeleteSa punya masih dalam proses lagi smpai sekarang...apahal nie
ReplyDeleteBank BSN, org lain dh blnja hbis dh tp yg sy msh dlm proses pengkreditan lg.. Knpa lma sgt
ReplyDelete