8.6 Juta Penerima BKM Terima Pembayaran Bermula 28 Mac Depan
Seramai 8.6 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bakal menerima pembayaran bagi fasa satu secara berperingkat bermula 28 Mac depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran adalah sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta individu bujang.
Pembayaran akan dibayar melalui kredit ke Bank pemohon yang
sudah membuat permohonan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada 1 hingga 31
Januari 2022. Ini adalah berita gembira yang akan memanfaatkan sekitar 9.6 Juta
penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Bantuan ini akan dapat menolong serba
sebanyak mereka yang dari golongan berkeluarga, warga emas dan bujang.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada Fasa 1
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan wang yang
lebih tertumpu dan diberi perhatian kepada golongan yang memerlukan bertujuan
meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan
rendah.
Antara golongan yang diberi tumpuan untuk diberi bantuan
adalah dari golongan Fasa 1. Fasa 1 terdiri dari mereka yang dari Isi Rumah, Warga
Emas dan Bujang. Pemilihan pembayaran kepada mereka yang dari Fasa 1 adalah
tepat kerana mereka merupakan golongan yang utama memerlukan bantuan dari pihak
kerajaan Malaysia. Oleh itu, tidak dapat dinafikan Kerajaan Malaysia telah
bertindak dengan drastik sekali dengan mendahulukan golongan yang benar-benar
memerlukan sahaja.
Kadar Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada Fasa 1 :
Fasa 1 akan menerima pembayaran terlebih dahulu, Berikut
adalah jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut kategori:
Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah:
·
RM1,000 untuk yang belum mempunyai anak
·
RM1,500 untuk yang sudah mempunyai 1-2
orang anak
·
RM2,000 untuk yang sudah mempunyai 3
orang anak dan ke atas
Kategori Isi rumah pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000:
·
RM400 untuk yang belum mempunyai anak
·
RM600 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak
·
RM800 untuk yang mempunyai 3 orang anak
dan ke atas
Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000
dan ke bawah:
·
RM600
Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
·
RM350
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Bagi Fasa 1
Pembayaran akan diberikan kepada Fasa 1 melalui sumbangan
terus ke akaun Bank pemohon.
Pembayaran adalah kepada pemohon yang telah lengkap membuat
permohonan serta lampiran file yang jelas. Sekiranya terdapat permohonan yang
gagal untuk diterima bantuan. Mungkin mempunyai masalah berkenaan permohonan
yang telah dibuat pada 1 hingga 31 Januari 2022. Walau bagaimanapun,Data
penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan
menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan
kelayakan.
Namun begitu, permohonan baharu Banutan Keluarga Malaysi
(BKM) perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada Lembaga
Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) manakala bagi penerima sedia ada yang
mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh
yang ditetapkan.
Sila layari Laman Web BKM di https://bkm.hasil.gov.my/ untuk
mendapatkan maklumat lanjut isu permohonan dan pembayaran.
Kaedah Pembayaran BKM
Berikut adalah kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM):
Mempunyai akaun bank dan berjaya kredit
·
Pembayaran anda akan dikreditkan ke akuan bank
terkini yang telah didaftarkan
Mempunyai akaun bank tetapi gagal kredit
·
Anda boleh membuat tuntutan secara tunai melalui
kaunter bank BSN berdekatan
Tiada akaun bank
·
Anda boleh membuat tuntutan secara tunai di
cawangan BSN berdekatan.
Sebarang persoalan anda boleh layari laman web rasmi BKM.
Layari Laman Web BKM di:
Laman Web Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Sekiranya terdapat persoalan mengenai Bantuan Keluarga
Malaysia, anda boleh menghubungi dan merujuk di talian dibawah:
·
Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747
·
Hotline BKM MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566
·
E-Mel : bkm@treasury.gov.my
·
Alamat
Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
“Rakyat Malaysia
Adalah Tanggungjawab Kerajaan Malaysia”
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), fasa 1 mula dibayar pada
tarikh 20 hingga 31 Mac 2022. Kerajaan Malaysia telah tekad membantu mereka
yang dari golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, Bantuan Keluarga Malaysia
(BKM) merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia yang terkesan
dengan pandemik COVID-19 dan kemerosotan ekonomi.
0 Response to "8.6 Juta Penerima BKM Terima Pembayaran Bermula 28 Mac Depan"