BKM Fasa 1: Ini Jangkaan Jadual Bayaran Mengikut Hari Bekerja
Perdana Menteri mengumumkan hampir 9 juta penerima Bantuan
Keluarga Malaysia (BKM) menerima manfaat dengan implikasi kewangan berjumlah
RM8.2 bilion pada hujung Bulan Mac ini
“BKM telah ditambah baik daripada bantuan tunai langsung
sebelum ini. Nilai bantuan ditambah mengikut klasifikasi bilangan anak bagi isi
rumah yang tidak mempunyai anak, mempunyai seorang hingga dua orang anak dan
isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih serta memperkenalkan kadar
tambahan bagi kategori isi rumah terhad kepada ibu atau bapa tunggal (IBT) dan
warga emas,” ujarnya.
Penyaluran BKM Selewat-lewatnya Mulai 31 Mac 2022⠀ ⠀ MOF sentiasa mendengar dan berusaha keras memastikan...
Posted by Tengku Zafrul on Saturday, 19 March 2022
Jangkaan Jadual Pembayaran BKM Fasa 1
Pembayaran BKM akan terbahagi kepada 4 fasa dan berikut
adalah maklumat dan jadual pembayaran tersebut:
Fasa 1
Dibayar penghujung Mac 2022 (sila rujuk jangkaan jadual di
atas)
Isi Rumah
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Bujang
Fasa 2
Jun 2022
Isi Rumah
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Fasa 3
September 2022
Isi Rumah
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Bujang
Fasa 4
Disember 2022
Isi Rumah
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai yang
tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta
beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.
Pembayaran BKM kali terbahagi kepada 4 fasa pada bulan yang
berbeza iaitu bulan Mac, Jun, September dan Disember 2022. Berikut dikongsikan
info mengenai jadual dan tarikh rasmi pembayaran BKM.
Cara Membuat Permohonan
Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021
yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam
sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya
tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia
ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat
dalam tempoh yang ditetapkan.
Layari Laman Web BKM di https://bkm.hasil.gov.my/
Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM
Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat
bermula 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa
ke semasa)
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah
melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di
https://budget.mof.gov.my/2022/
0 Response to "BKM Fasa 1: Ini Jangkaan Jadual Bayaran Mengikut Hari Bekerja"