Rakyat Malaysia yang berkerja tetapi kehilangan sumber
pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah
Pengawasan dan Pemerhatian layak memohon bantuan NADMA (Agensi Pengurusan
Bencana Negara) secara khusus melalui BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA bagi tahun
2021 ini.
Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Tabung COVID-19 dilancarkan untuk membantu mereka yang:
·
telah dikenakan Perintah Pengawasan Dan
Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ATAU
·
perlu menjalani rawatan Covid-19 (warded) di wad
hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk
merawat penularan COVID-19 di Malaysia.
Berikut adalah info lanjut beserta syarat kelayakan
termasuklah cara permohonan Tabung COVID-19 menerusi bantuan NADMA.
Apakah Bantuan Tabung COVID-19 NADMA?
Bantuan NADMA yang dilancarkan melalui Tabung COVID-19
adalah bayaran bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat Malaysia
yang dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di
Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
(Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon BANTUAN KHAS
COVID-19 NADMA:
·
Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah
kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan
Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1)
Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
·
Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah
kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani
rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.
*NOTA PENTING:
Bantuan ini dikhususkan bagi mereka yang menerima surat
Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1)
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang dinyatakan di atas.
Pemohon Yang Tidak Layak
1.
Bukan Warganegara Malaysia
2.
Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah
Pengawasan dan Pemerhatian.
3.
Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam
tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded)
ekoran COVID-19.
Kadar Bantuan NADMA COVID19
Kadar bantuan NADMA adalah RM100 sehari sepanjang tempoh
dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah
Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta
342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat COVID-19.
Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja
(one-off) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan
bagi kes yang berulang.
Selain bantuan NADMA, kerajaan juga memaklumkan bahawa
mereka yang dimasukkan ke wad disebabkan virus COVID-19 boleh menuntut elaun
hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun melalui skim MySalam.
Cara Permohonan Bantuan NADMA
Bagi membuat permohonan Bantuan Khas NADMA COVID-19 ini,
orang awam yang terjejas boleh mengikuti langkah berikut:
1.
Baca garis panduan dengan teliti melalui pautan
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf
2.
Sertakan dokumen wajib berikut;
·
Salinan Kad Pengenalan Pemohon
·
Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM
(Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital
bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
·
Salinan muka depan penyata bank / buku akaun
bank yang masih aktif.
3.
Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen
berikut;
·
Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran
A);
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_a.pdf
·
Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B);
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_b.pdf
·
Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri:
Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C), muka depan penyata
bank waris dan salinan kad pengenalan waris.
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_c.pdf
4.
Hantar permohonan lengkap kepada;
• Whatsapp 011-13218056 (khusus untuk penghantaran
dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab); atau
• Email ke bkcovid19@nadma.gov.my atau
Pos kepada;
• Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)
Nota: Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan
terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan
data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan
melalui proses semakan data KKM.