Tak sibuk bercinta, pelajar dipuji 'pulun' kumpul duit -"Balik terus masuk office"

Ketika rata-rata remaja seusianya ramai yang bercinta, namun tidak bagi seorang gadis ini yang  usianya dia habiskan masa dengan sentiasa berusaha gigih bagi mencapai matlamat sehingga berjaya.

Berkongsi rutin hariannya di laman TikTok miliknya telah membuka mata orang ramai bahawa sesuatu kejayaan itu bukan mudah untuk dicapai kerana ianya  perlu mengorbankan masa serta tenaga.

Gadis yang dikenali sebagai Jannatul itu telah memuat naik video tentang dirinya sibuk menguruskan perniagaan produk kosmetik miliknya selepas tamat sesi persekolahan.

Umur bukan penghalang untuk berjuang! 

@nrjnntl__ #ad umur bukan penghalang . if you want it , fight for it 💪🏻❤️‍🔥 #fyp #ladybossjann #viral ♬ suara asli - Musik pilihan

Beliau yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, mesra dipanggil Jann mengakui mempunyai tanggungjawab yang besar apatah lagi bertindak sebagai leader bagi perniagaannya tersebut.

“Rutin kehidupan seorang pelajar berbisnes, balik je terus masuk office. Memikul tanggungjawab besar, seorang leader dan juga budak SPM,” tulisnya.

Selain dari memberi bimbingan kepada pasukannya,  kadang-kala Jann juga sempat menguruskan stok dan bungkusan pelanggan selain turut menjadi antara stokis terbaik dengan jualannya mencecah RM1 juta.

@nrjnntl__ 33 days to go 🌝 #spm #fyp #ladybossjann ♬ original sound - Luna Hana

Rakaman yang berdurasi 23 saat itu telah menerima 1.8 juta tontonan serta hampir 2,000 komen positif, netizen yang kagum dengan kesungguhan Jann untuk mencari pendapatan sampingan.

Walaupun begitu, terdapat juga  netizen yang berharap agar dia tidak leka atau mengabaikan pelajaran sekiranya terlalu fokus terhadap perniagaan.

Bercinta dengan bisnes!

Terinspirasi, belajar hingga tamat ya

Letih suda tentu letih! Tapi bak kata peribahasa, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian bukan? Harap segala usahanya berbaloi daripada pelbagai aspek.

Sumber: TikTok nrjnntl

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments