Penetapan Kadar Gaji Minimum Baharu Dijangka Mengakibatkan Lebih Banyak Syarikat Gulung Tikar Sebelum Penghujung Tahun Ini

Jika laksana Penetapan kadar gaji minimum baharu pada nilai RM1,500 sebulan. Dijangka mengakibatkan lebih banyak syarikat dan usahawan mengalami kerugian, seterusnya terpaksa gulung tikar sebelum penghujung tahun ini.

Pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, pekerja dalam sektor tidak mahir dan operator kilang merupakan antara kumpulan yang akan mendapat faedah daripada pelaksanaan tersebut.

Menurutnya, di Malaysia terdapat kira-kira 1.5 juta pekerja dalam sektor tidak mahir, manakala 1.8 juta orang lagi merupakan operator di kilang yang juga bakal menerima gaji minimum RM1,500.

Walaubagaimanapun satu sudut Iain, terdapat 5,500 majikan di Malaysia dan kebanyakannya ialah peniaga mikro serta usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

"Jadi, sekiranya terpaksa membayar gaji minimum, kos overhed mereka akan meningkat dengan serta-merta dan menjadikan perniagaan mereka tidak berdaya maju lagi.

"Kemungkinan usahawan terpaksa tutup kedai atau pindahkan kos tersebut kepada pelanggan dalam bentuk kenaikan harga.

"Ini seolah-olah kerana nila setitik rosak susu sebelanga, maknanya kita nak naikkan gaji sikit, tetapi dalam masa sama, seluruh rakyat akan merana kerana kebanyakan barang akan naik harga," katanya.

Sumber; Sinar Harian

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments