Apa itu Wang Tak Dituntut?
WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau
syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf
atau sebagainya. Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang
telah ditetapkan. Tahukah anda bahawa sehingga 31 Oktober 2019 yang lalu,
sebanyak RM10.862 bilion wang yang tidak dituntut diterima oleh Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Apakah yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut? WTD ini adalah wang kepunyaan seseorang yang tidak bayar dalam tempoh setahun. Jumlah tersebut bergantung kepada akaun anda masing-masing.
Antaranya:
• Gaji / Upah / Komisen / eGaji
• Dividen
• Tuntutan insuran yang telah diluluskan
• Simpanan tetap
• Deposit / Cagaran
• Keuntungan yang telah diisytiharkan
• Wang dalam akaun yang tak aktif selama 7 tahun
• Akaun Simpanan
• Akaun Semasa
• Simpanan Tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)
Bagi mengelakkan penipuan, terdapat beberapa dokumen yang
diperlukan sebelum membuat semakan iaitu :
1. Borang UMA-7 yang legkap diisi dan ditandatangan.
2. Salinan Kad Pengenalan.
3. Salinan cetakan carian WTD yang lengkap dengan nama dan
nombor pengenalan empunya sama dengan maklumat pemohon daripada portal eGumis.
4. Dokumen asal yang berkenaan.
5. Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD
sekiranya dokumen asal tiada.
6. Salinan muka hadapan buku akaun.
7. Sekurang-kurangnya dua daripada 3 dokumen :
- Borang pembelian asal banke cheque.
- Banker cheque yang asal.
- Surat pengesahan daripada bank penyerah WTD.
Langkah-langkah Untuk Membuat Permohonan eGumis Online
Berikut merupakan beberapa langkah untuk mengemukakan
permohonan :
1. Layari Portal eGumis : https://egumis.anm.gov.my/
2. Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
3. Pengguna akan mendapat emel. Log masuk portal dengan
menggunakan kata laluan sementara yang telah diberikan. Sebaiknya pengguna
menukar kata laluan yang baru bagi memudahkan pada masa hadapan.
4. Kemaskini maklumat pengguna.
5. Klik pada KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT untuk
membuat semakan WTD melalui pengenalan diri.
6. Sekiranya ada,cetak maklumat WTD tersebut.
Peringatan
Tempoh aktif akaun hanya 6 bulan sahaja.
No yang boleh dihubungi?
03-80008700
Adakah sebarang fi untuk membuat semakan ?
Tiada sebarang pembayaran dikenakan.