WAKTU OPERASI PEMBUKAAN KAUNTER BKM 2022 PADA HUJUNG MINGGU
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022 : WAKTU OPERASI
PEMBUKAAN KAUNTER BKM 2022 @ CAWANGAN LHDN PADA HUJUNG MINGGU
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan bahawa
kaunter Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) akan dibuka pada hujung minggu
pada tarikh 7, 8 dan 9 Januari 2022.
Masa operasi dan lokasi cawangan yang terbabit adalah
seperti berikut:
LOKASI
- Cawangan LHDNM
- Pejabat Satelit (PS) LHDNM
- Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
MASA
- Semenanjung : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
- Sabah & Sarawak : 8.00 pagi hingga 3.30 petang
SENARAI KAUNTER BKM 2022 & WAKTU OPERASI LHDN
TEMPOH PERMOHONAN & KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA
MALAYSIA (BKM 2022)
Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) 2022 bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.
Perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk permohonan dan
kemaskini BKM 2022.
Sila rujuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BKM LHDNM dalam
jadual di atas.
Pemohon yang perlu membuat Kemas Kini adalah:
Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021
disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam
sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
PEMOHON YANG PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU ADALAH:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat
Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara
dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan,
permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika
berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
Pemohon
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Pasangan
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
Anak
- Anak Kandung
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Lahir
Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi
semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik
ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.
0 Response to "WAKTU OPERASI PEMBUKAAN KAUNTER BKM 2022 PADA HUJUNG MINGGU"