Vaksin: DCA lulus penggunaan Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun - Khairy
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan Pihak
Berkuasa Ubat-ubatan (DCA) meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk
kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu, KKM
pada ketika ini sedang mengadakan perbincangan dengan pihak pengeluar vaksin
itu berhubung jadual penghantaran.
Ini bakal menyaksikan kali pertama golongan berusia itu
menerima vaksin di negara ini.
"Kita masih mengadakan perbincangan dengan pihak
PfizerBioNTech mengenai jadual penghantaran, kita akan mengumumkan nanti dalam
masa terdekat," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada
Khamis.
Berkait isu yang sama, Khairy memaklumkan KKM menubuhkan
Jawatankuasa Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (CITF-C) hari ini untuk menjalankan
pelaksanaan Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kanak-kanak).
Menurutnya, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
@c_o_g__ceo_of_gantung Reply to @darthbender888 #thegantungz #fypmalaysia #fypシ #jomOlo2 #Hello2022 ♬ Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslaw & Amee
Sebelum ini kerajaan menubuhkan COVID-19 Remaja (CITF-A)
bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) dan Badan
Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B).
Sumber : Astro Awani
0 Response to "Vaksin: DCA lulus penggunaan Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun - Khairy"