[TARIKH PEMBAYARAN] Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Sebanyak RM150
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang bagi
sesi persekolahan 2022/2023 akan mula diagihkan Isnin ini (17 Januari).
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan hari ini
memaklumkan murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 dalam kalangan isi rumah
berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun
2021/2022 layak menerima bantuan tersebut.
“Sementara itu, bagi murid Tahun 1 yang akan mula mendaftar
masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses
pendaftaran selesai,” menurut kenyataan itu.
Downlond borang - [MOHON SEKARANG] BANTUAN PERSEKOLAHANRM150 2022 : PERMOHONAN ONLINE (BORANG)
KPM memaklumkan pengagihan BAP akan dibuat secara tunai atau
dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.
Bagi pengagihan secara tunai, ia akan dilaksanakan di
sekolah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan oleh Majlis
Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.
“KPM yakin pemberian BAP ini akan dapat membantu ibu bapa
dan penjaga membuat persiapan awal untuk anak-anak memulakan persekolahan bagi
Sesi Akademik 2022/2023,” katanya.
Telegram Rasmi - https://t.me/bantuankerajaan2021
Pada pembentangan Bajet 2022 lepas, bagi sesi persekolahan
tahun 2022/2023 kerajaan bersetuju meningkatkan kadar BAP kepada RM150 untuk
seorang murid berbanding RM100 sebelum ini.
Bantuan itu akan memberi manfaat kepada tiga juta penerima
dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. – BERNAMA
Mcm mna nk mohon sy bt x blh
ReplyDeleteSaya mohon macam mna
ReplyDelete