SIP GIG PERKESO 2022 ~ Insentif RM600 - RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan
MAKLUMAN:
Program SIP GIG kini telah dibuka mulai 17 Januari 2022.
Insentif ini
memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji,
diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada
golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6)
bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja
menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.
Jom ketahui
lebih lanjut tentang program ini untuk membuat permohonan anda sekarang!
APAKAH SIP
GIG PERKESO?
SIP Gig
merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh
maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.
Objektif:
- Memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek
- Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.
INDIVIDU
YANG LAYAK MEMOHON
- Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
- Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
- Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
- Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
- Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
- Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.
INDIVIDU
YANG TIDAK LAYAK:
- Individu yang aktif bekerja.
- Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
- Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
- Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.
TARIKH
PERMOHONAN
- Permohonan Program SIP Gig dibuka mulai 17 Januari 2022 melalui Aplikasi PERKESO Prihatin atau melalui pautan https://matrix.perkeso.gov.my.
- Tarikh akhir bagi permohonan insentif Program SIP Gig adalah pada 30 Jun 2022.
CARA
PERMOHONAN SIP GIG PERKESO
- Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari matrix.perkeso.gov.my
- Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja
- Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.my
- Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.
0 Response to "SIP GIG PERKESO 2022 ~ Insentif RM600 - RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan"