SAVE 3.0: Cara Tebus RM400 Baucar Barangan Elektrik
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) pada 7 Januari
2022 melancarkan Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE)
3.0 dengan pemberian e-rebat yang berupa baucar barangan elektrik cekap tenaga
berlabel 4 dan 5.
Insentif e-rebat baucar barangan elektrik melalui program
SAVE 3.0 ini bertujuan menggalakkan ramai pengguna domestik beralih kepada
barangan cekap tenaga.
Menurut YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Menteri
Tenaga dan SUmber Asli, “SAVE 3.0 dibiayai menerusi Dana Akaun Industri Bekalan
Elektrik yang merupakan program inisiatif kesinambungan daripada siri SAVE 1.0
dan 2.0. Ia dilaksanakan lebih dua tahun lalu bagi mempromosikan amalan
penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel empat atau lima bintang
oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).”
APA ITU PROGRAM SUSTAINABILITY ACHIEVED VIA ENERGY
EFFICIENCY (SAVE) 3.0?
Ia merupakan program e-rebat melalui baucar barangan
elektrik dengan maksimum RM400 untuk isi rumah bagi membeli barangan cekap
tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada
Suruhanjaya Tenaga (ST).
Objektif utama Program SAVE 3.0 adalah seperti berikut:
- Menambah jumlah empat (4) dan lima (5) bintang peralatan elektrik cekap tenaga dan peralatan cekap tenaga di pasaran; dan
- Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakkan mereka membeli peralatan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan elektrik pengguna, terutamanya untuk pengguna domestik.
E-Rebat Program Save 3.0 Untuk Pembelian Peralatan elektrik
Cekap Tenaga
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Pengguna / Pemilik yang tinggal di premis yang berdaftar dengan syarikat utility seperti TNB, SESB, SEB, dan Nur Power Sdn. Bhd.
- 1 akaun utiliti hanya layak memohon 1 rebat untuk setiap kategori
- Penerima Save 2.0 tidak layak untuk memohon Save 3.0 kategori 1
- Siapa cepat dia dapat (FIRST COME, FIRST SERVED BASIS)
TEMPOH PENEBUSAN E-REBAT RM400 SAVE 3.0
- Baucar ini boleh ditebus mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022
KATEGORI BARANGAN ELEKTRIK SAVE 3.0
Terdapat 2 kategori yang boleh ditebus untuk baucar barangan
elektrik melalui program SAVE 3.0;
- kategori 1: peti sejuk atau penyaman udara
- Kategori 2: televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro (microwave) atau periuk nasi
Bagi peralatan elektrik di bawah Kategori 1, nilai e-rebat
yang boleh ditebus untuk pembelian peti sejuk atau penyaman udara ialah RM200.
Di bawah Kategori 2 pula, nilai e-rebat yang disediakan
adalah RM200 bagi televisyen, RM200 bagi mesin basuh, RM100 bagi ketuhar
gelombang mikro atau RM50 bagi periuk nasi.
Untuk makluman, rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja
dalam tahun 2022 berdasarkan first come first serve basis.
CARA PENEBUSAN
Anda boleh memohon dan mendapatkan e-rebat mulai 7 Januari
2022 melalui 2 kaedah iaitu dengan membawa bil elektrik terkini dan membuat
pembelian secara fizikal di kedai-kedai elektrik/pasar raya berdaftar di bawah
Program SAVE 3.0 atau memohon e-rebat dan membuat pembelian secara dalam talian
menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
Shopee = https://shopee.com.my/m/program-save
Lazada = https://www.lazada.com.my/program-save
PG Mall = https://pgmall.my/program-save
CARA PENEBUSAN MELALUI SHOPEE
Sila lihat panduan melalui gambar rajah di bawah;
SENARAI KEDAI / PASAR RAYA FIZIKAL YANG BERDAFTAR MELALUI
PROGRAM SAVE 3.0
Untuk melihat senarai kedai / pasar raya fizikal yang
berdaftar melalui program SAVE 3.0, sila klik pautan di bawah;
https://save.seda.gov.my/publics/retailer
Sila pilih negeri dan tekan butang search.
Pengguna disaran merujuk panduan senarai kelengkapan
elektrik dan harga rujukan (Recommended Purchase Price RPP) serta membuat
perbandingan harga bagi mendapatkan harga terbaik dan kos efektif atau untuk
mendapatkan maklumat lanjut di www.saveenergy.gov.my.
INFO DAN MAKLUMAT LANJUT;
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman portal SEDA
http://www.seda.gov.my/saveprogram/ atau hubungi SEDA Malaysia;
No tel: 03-8870 5800
Email: saveenergy@seda.gov.my
Laman Web www.saveenergy.gov.my
Sumber : bantuanrakyat
0 Response to "SAVE 3.0: Cara Tebus RM400 Baucar Barangan Elektrik"