Rebut anak sehingga ditarik ibu mentua? Wanita lega kini zuriat di pelukannya
Apabila berlaku perpisahan dalam rumah tangga, anak sering
menjadi mangsa akibat konflik ibu bapa. Belum lagi jika ada campur tangan ahli
keluarga, si ibu pasti cuba mendapatkan hak penjagaan zuriat tercinta.
Bagi seorang ibu yang dikenali sebagai Aedinna Izzatie, dia
bersyukur akhirnya dapat menjalani kehidupan bersama anak perempuannya Aleesa
Izzatiey dipercayai selepas melalui pelbagai fasa dengan bekas suaminya.
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok baru-baru ini, ibu
tunggal berusia 22 tahun itu memuat naik satu video dipercayai memaparkan
dirinya dikasari seorang wanita didakwa ibu mentuanya suatu ketika dahulu.
Dan akhirnya ku memiliki seutuhnya
@izzatieeyyyyyyy_ dan akhirnya ku memiliki seutuhnya ❤️🔥 ##fyp #xyzbca #foryou ♬ suara asli - Zilfawila7
Berdasarkan rakaman berdurasi 18 saat itu, kelihatan dia
yang sedang mendukung anaknya cuba dilindungi oleh adik perempuannya sebelum
didatangi oleh ibu mentua yang bertindak menarik tudung Izzatie.
Video tersebut turut memaparkan beberapa keping foto wanita
terbabit bersama anaknya yang berusia dua tahun itu yang kini bahagia tanpa
kasih sayang seorang lelaki.
Meninjau ke ruangan komen, video itu meraih 1.6 juta
tontonan dan lebih 3,000 komen dalam kalangan warganet yang rata-rata meluahkan
rasa bengang melihat tindakan kasar ibu mentuanya seolah-olah tanpa belas
kasihan.
Selain itu, warganet juga tidak lupa memberikan kata-kata
semangat kepada Izzatie agar terus tabah dan kuat menghadapi sebarang situasi
terutama dalam membesarkan anaknya seorang diri.
Anak kini di tangan yang betul…
Moga awak kuat jaga anak…
“Terima kasih yang mendoakan” – Izzatie
Sumber : Ohmymedia
0 Response to "Rebut anak sehingga ditarik ibu mentua? Wanita lega kini zuriat di pelukannya"