Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai
Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan untuk mengurangkan
kos sara hidup dan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan2
dalam Bajet 202 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga
dan bujang.
Untuk menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), hanya
individu tertentu perlu membuat permohonan baru dan kemaskini maklumat
sepanjang tempoh ditetapkan. Bagi yang
pernah menerima bantuan BPR & BKC, anda tidak perlu membuat permohonan
baharu, tetapi perlu kemaskini sekiranya ada sebarang perubahan maklumat.
SENARAI DOKUMEN UNTUK PERMOHONAN BARU BKM
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat
permohonan baru BKM:
- Sijil Kahwin
- Sijil bercerai / sijil kematian pasangan
- Pengesahan pasangan
- Pengesahan status pelajar anak
- Sijil lahir anak
SENARAI DOKUMEN UNTUK KEMASKINI MAKLUMAT
Penerima bantuan sedia ada yang tidak perlu. buat permohonan baharu tetapi ingin kemaskini maklumat kerana ada perubahan maklumat, anda perlu sediakan dokumen berkaitan seperti berikut:
- Sijil Kahwin - Bagi yang bertukar status bujang kepada berkahwin
- Sijil bercerai / sijil kematian pasangan - Bagi yang bertukar status daripada berkahwin ke bujang
- Sijil lahir anak - Bagi yang bertambah bilangan anak
- Bagi yang berubah maklumat akaun bank, anda hanya perlu masukkan maklumat akaun bank baharu
Bagi yang nak semak kelayakan dan buat permohonan baru atau
kemaskini maklumat BKM, anda boleh buat di laman berikut:
SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN BARU BKM
Untuk makluman anda, BKM akan dibayar secara berperingkat, iaitu sebanyak 4
kali dalam setahun. Anda boleh semak
tarikh bayaran pertama BKM akan disalurkan di bawah:
TARIKH BAYARAN PERTAMA BKM
Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan
Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal LHDNM.
Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin
kesejahteraan Keluarga Malaysia.