Pendapatan Dalam Sistem MyBKM Jadi “0”, Perlu Kemaskini Ke? Ini Penjelasan LHDN Kepada Beberapa Soalan
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai
Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan untuk mengurangkan
kos sara hidup dan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan2
dalam Bajet 202 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga
dan bujang.
Untuk makluman anda, data penerima BPR 2021, penerima BKC
B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa
secara AUTOMATIK ke dalam sistem BKM.
Jadi individu dalam kategori ini tidak perlu membuat permohonan baru,
tetapi hanya perlu kemaskini jika ada perubahan maklumat.
Ramai juga individu yang menyemak semula maklumat di MYBKM
dan mendapati pendapatan jadi angka "0". Apa perlu buat, perlu ke kemaskini dan
masukkan pendapatan asal? Rujuk
penjelasan LHDN di bawah:
PERLU KE KEMASKINI JIKA PENDAPATAN "O"?
Memandangkan ramai yang mengalami masalah yang sama, iaitu
pendapatan dalam sistem permohonan BKM jadi "0" seorang pemuda
melalui laman Facebook berkongsi jawapan daripada dan pengesahan pihak
LHDN. Antara beberapa persoalan yang
ditanya ialah:
Jika ada perubahan dengan status hubungan dan penambahbaikan
- Kemaskini dan muat naik dokumen atau hantar dokumen ke LHDN
Jika belum daftar
- Buat permohonan baru di kaunter LHDN atau dalam talian melalui sistem MyBKM
Permohonan diterima berdasarkan maklumat BPR 2021 , pendapatan jadi "0"
- Kemaskini permohonan jika pendapatan jadi angka "0"
- Semak dan tukar mengikut pendapatan kasar
Jika pemohon menggunakan akaun bank pasangan sebelum ini
- Ubah akaun ke akaun bank pemohon
- Data LHDN hanya akan menggunakan akaun bank pemohon sahaja untuk tahun 2022
BUAT PENGESAHAN & HANTAR SELEPAS KEMASKINI
Setelah anda kemaskini dan buat perubahan dalam maklumat sistem MYBKM, pastikan
anda buat pengesahan dan hantar permohonan anda.
Semoga perkongsian ini dapat menjawab persoalan orang
ramai. Jangan lupa kemaskini maklumat-
maklumat penting ya! Walaupun anda
menerima bantuan sedia ada dan maklumat sudah sedia ada, pastikan anda semak
semula semua maklumat pastikan semuanya betul.
0 Response to "Pendapatan Dalam Sistem MyBKM Jadi “0”, Perlu Kemaskini Ke? Ini Penjelasan LHDN Kepada Beberapa Soalan"