Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 KPM Online (public.moe.gov.my)

 


SEMAKAN & TARIKH PENDAFTARAN TAHUN 1 KPM

 

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga, Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.

 

Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada 2023 dan 2024, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.

 

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024 melalui permohonan online di laman web https://public.moe.gov.my/.

 

 

SYARAT PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2023 / 2024

  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
  • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

 

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  2. Sijil Lahir murid
  3. Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  4. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  5. Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
  6. Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
  7. Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

 

 

TARIKH PERMOHONAN

  1. Tarikh Mula : 1 Mac 2022
  2. Tarikh Tutup : 30 April 2022
  3. Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
  4. Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022

 

 

CARA UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN

 

 

 

 

 

Sumber : ecentral