Pemilik Kenderaan Yang Rosak Akibat Banjir Boleh Tebus Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia Sebanyak RM1,000
Semua pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir kini boleh
menarik nafas lega apabila mereka boleh menebus baucar diskaun automotif
Keluarga Malaysia.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
berkata, baucar diskaun tersebut boleh ditebus di pusat servis atau pengedar
sah syarikat automotif terlibat.
Jelas beliau, hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian
lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara bersetuju untuk
menyertai inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia tersebut.
Zafrul berkata demikian menerusi satu kenyataan seperti yang
dilaporkan Bernama sebentar tadi.
Berita penuh menyusul.
[Berita] Hampir 20 syarikat automotif setuju sertai inisiatif baucar diskaun - @tzafrul_aziz @MOFmalaysiahttps://t.co/RCTgwyy4UP https://t.co/8Nq2OlzIZc
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 7, 2022
1,100 pusat servis kereta dan 700 bengkel motosikal telah berdaftar dengan inisiatif Baucer Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.
— ONENEWS (@onenewsmalaysia) January 8, 2022
Baucar RM1,000 itu boleh dituntut hingga 31 Mac ini. @tzafrul_aziz #onenews #banjir #bengkel pic.twitter.com/EtfK5WQ4Om
Sumber : SiakapKeli
0 Response to "Pemilik Kenderaan Yang Rosak Akibat Banjir Boleh Tebus Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia Sebanyak RM1,000"