Kad pengenalan adalah dokumen penting yang harus ada pada
setiap warganegara Malaysia. Kewujudannya digunakan dalam pelbagai urusan ,
termasuklah pengenalan identiti, jpj, kesihatan dan banyak lagi. Semua orang
wajib memelihara myKad dan menjadi tanggungjawab masing masing agar dapat
mempemudahkan urusan dengan kerajaan dan juga swasta.
Mengikut Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pendaftaran
Negara 1990 (Pindaan 2007), setiap orang yang kehilangan kad pengenalan (MyKad)
hendaklah memohon kad pengenalan gantian dengan segera.
SEBAB-SEBAB PERMOHONAN YANG DIBOLEHKAN UNTUK MENGANTI KAD
PENGENALAN ADALAH:
- Gantian kad rosak.
- Gantian cip rosak.
- Gantian naiktaraf cip (dari 32k/64k kepada 80k).
- Gantian kehilangan kad (untuk kali pertama).
- Berkenaan MyKad Siap 30 Minit
Menurut pihak JPN, permohonan MyKad yang TIDAK BERMASALAH
boleh diproses cuma dalam masa 30 minit dalam senarai premis JPN yang
ditetapkan.
Akan tetapi, bagi permohonan gantian bermasalah seperti cap
jari rosak dan kehilangan kali ketiga, tempoh pemprosesan mengambil masa dalam
3 bulan sekurang-kurangnya.
CARA GANTIKAN KAD PENGENALAN ROSAK ATAU HILANG SECARA ONLINE
- Layari laman web MyGOV di SINI untuk permohonan penggantian kad.
- Daftarkan akaun dengan mengisi maklumat.
Selepas aktifkan akaun, anda akan diberi link. Klik link
tersebut & log masuk.
Kemudian untuk membuat permohonan penggantian kad, korang
boleh klik SINI & klik Log Masuk.
Di bahagian kanan skrin, boleh klik pada bahagian Ganti
MyKad.
Baca Akuan Penafian & klik Setuju.
Kemudian isikan maklumat dengan lengkap. Anda boleh pilih
jenis penggantian & negeri mana anda berada. Selesai boleh klik Teruskan.
Semak maklumat yang telah anda isi. Pastikan semuanya tepat.
Klik pada kotak Saya Setuju & kemudian klik Teruskan.
Hal ini akan membawa anda ke laman baru untuk pembayaran.
Selesaikan pembayaran dan kemudian simpan resit sebagai bukti.
Selepas sehari dua selepas permohonan anda diproses, anda
boleh semak melalui SMS dengan taip JPN MYKAD dan hantar ke 15888.
Jika mendapat notifikasi kad sudah boleh diambil, silalah pergi ke cawangan JPN yang dipilih
untuk mengambil kad tersebut. Anda masih perlu ke pejabat JPN, panduan ini
lebih singkat dan tak perlu beratur panjang.
Tukar MyKad Rosak Melalui Telefon Lagi Mudah!
Jika anda tidak tahu, penukaran MyKad rosak juga boleh
dibuat melalu telefon sahaja. Tersangatlah baik apatah lagi buat warga emas
seperti ibu bapa kita yang sudah uzur yang mahu menukar MyKad mereka.
Sila buat panggilan di talian hotline JPN di 03-8880 8066
dan buat panggilan pada waktu operasi sahaja.
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat – 8 pagi hingga 5 ptg
Waktu Rehat
Isnin – Khamis: 1 ptg sehingga 2 ptg
Jumaat: 12.15tgh sehingga 2.42 ptg