Kalendar Sesi Persekolahan Penggal 3 & Akademik 2022/2023
Sila baca artikel ini sehingga selesai untuk mengetahui
keseluruhan Takwim Persekolahan Penggal 3 dan kalendar akademik 2022/2023. Anda
juga boleh layari laman web infomalaysiakini untuk mengetahui permohonan
bantuan-bantuan lain daripada pihak kerajaan serta berita semasa.
Kumpulan Persekolahan Negeri
Tarikh bagi sesi persekolahan dan kalendar akademik
persekolahan 2022/2023 akan dipecah dan dibahagikan kepada 2 negeri kumpulan
iaitu:
i) Negeri Kumpulan A
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Terengganu
ii) Negeri Kumpulan B
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Wilayah Persekutuan Labuan
TARIKH SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3
Tarikh sesi persekolahan bagi penggal ke-3 2021/2022 akan
bermula pada 2 Januari hingga 22 Mac 2022 di negeri kumpulan A.
Sila rujuk perincian tarikh mula dan tarikh akhir persekolahan serta jumlah hari
dan minggu seperti dalam jadual di bawah:
Untuk negeri kumpulan B, tarikh sesi persekolahan penggal
ke-3 2021/2022 adalah pada 3 Januari
hingga 20 Mac 2022 seperti yang telah ditetapkan.
Sila rujuk tarikh mula dan tarikh akhir persekolahan serta
jumlah hari dan minggu bagi negeri kumpulan B seperti dalam jadual di bawah:
KALENDAR AKADEMIK 2022/2023
Untuk negeri kumpulan A, sesi persekolahan bagi kalendar
akademik 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023.
Untuk negeri kumpulan B, sesi persekolahan bagi kalendar
akademik 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023.
Sila rujuk perincian bagi kalendar akademik 2022/2023
mengikut kumpulan negeri seperti yang ditunjukkan menerusi gambar seperti di
bawah:
CUTI PERAYAAN
Seperti kebiasaan, di bawah adalah penambahan cuti perayaan
yang telah diperuntukkan oleh KPM. Perayaan yang terlibat dalam penambahan cuti
sesi persekolahan ini adalah seperti berikut:
- Tahun Baru Cina 2022
- Hari Raya Aidilfitri
- Hari Gawai Dayak
- Hari Deepavali
- Tahun Baru Cina 2023
Maklumat perincian penambahan cuti perayaan mengikuti negeri
kumpulan pula adalah seperti di bawah:
MAKLUMAT LANJUT
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Takwim sesi
persekolahan penggal 3 2021/2022 dan kalendar akademik 2022/2023 dengan
melayari laman web Kementerian Pendidikan dengan menekan pautan ini KLIK DISINI
Sumber : Onviral
0 Response to "Kalendar Sesi Persekolahan Penggal 3 & Akademik 2022/2023"