Ini Cara Membatalkan Janji Temu Dos Penggalak Vaksin COVID-19
Seperti semua sedia maklum, kerajaan menerusi Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun mula memberikan dos penggalak kepada
penerima-penerima vaksin COVID-19 di seluruh negara.
Orang ramai tidak perlu untuk berdaftar bagi mendapatkan dos
penggalak tersebut.
Sebaliknya anda akan dimaklumkanmenerusi Aplikasi
Mysesejahtera untuk tarikh janji temu. Anda juga boleh menghubungi fasiliti
kesihatan untuk mendapatkan tarikh janji temu untuk mendapatkan dos penggalak.
Walaubagaimanapun, mungkin tarikh yang diberikan untuk anda
menerima suntik dos penggalak itu tidak sesuai masanya kepada anda.
Anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh membatalkan temu
janji tersebut terus dari aplikasi MySejahtera dengan ikuti langkah-langkah
berikut:-
1. Tekan pada "Klik di sini untuk mengesahkan janji
temu anda"
2. Pilih "Tidak"
3. Nyatakan alasan.
Selepas itu, anda akan diberikan tarikh janji temu yang baru
nanti.
Berdasarkan kepada semakan data KKM, sudah lebih daripada 9
juta dos penggalak sudah pun diberikan kepada para penerima vaksin.
Sumber: infoawam, COVIDNOW, KKM, wizer.my
0 Response to "Ini Cara Membatalkan Janji Temu Dos Penggalak Vaksin COVID-19"