Ibu Kesal Insurans Lambat Approve, Anak Kekejangan Tapi Doktor Tak Boleh Rawat
Kini, insurans boleh dikatakan sebagai pilihan pelan
perlindungan penting bagi menghadapi risiko bencana di masa depan. Bak kata pepatah Melayu, sediakan payung
sebelum hujan.
Namun tidak dinafikan, ada juga beberapa konflik boleh
tercetus misalnya seperti ejen gagal dihubungi, kerana birokrasi atau proses
tuntutan menjadi leceh hingga akhirnya semakin menyulitkan keadaan.
SANGAT TERGAMAK, HAMPA HATI SEORANG IBU... BAYAR INSURANS
TIAP-TIAP BULAN RM1600
Seorang wanita bernama Cik Zazaa di TikTok juga tampil
berkongsi kisah yang seakan-akan sama.
Sebelum ini anak perempuannya, Afrina hampir sahaja tidak boleh menerima
rawatan. Semuanya gara-gara pihak
insurans yang gagal memberikan kelulusan.
Namun dengan ihsan pihak pusat perubatan sendiri, gadis comel itu
langsung dirawat dan boleh pulang ke rumah dalam keadaan stabil.
@cikzazaa769 Again 😢😢
♬ suara asli - rafaaldiansyah
BUDAK UMUR 1 TAHUN DAH KEJANG...LAMBAT APPROVE DOKTOR TAK
BOLEH BUAT RAWATAN
Namun siapa sangka, kemudian anak lelaki Puan Zazaa pula
tiba-tiba mengalami kekejangan. Dengah
hati yang penuh resah, dia bergegas ke pusat perubatan sebelum akhirnya
berdepan situasi 'pisang berbuah 2 kali'.
Kanak-kanak lelaki terbabit juga menghadapi detik getir
apabila doktor tidak boleh memberikan rawatan dengan kadar segera kerana perlu
menunggu dahulu pengesahan kelulusan oleh pihak insurans.
@cikzazaa769 nanti cikzaza update sambungan . ðŸ˜
♬ suara asli - rafaaldiansyah
PENGAJARAN PADA YANG AMBIL INSURANS, EMERGENCY CASH DALAM
TANGAN TETAP KENA ADA
Terkilan mengenang kembali hal berkenaan, ibu ini sempat
berkongsi 1 pengajaran penting dalam sebalik kisahnya. Tidak lain tidak bukan, dia memberi
peringatan kepada ibu bapa di luar sana sebenarnya wang simpan kecemasan secara
tunai juga penting untuk disediakan bagi menghadapi krisis sebegitu.
@cikzazaa769 Korang ada tips ?
♬ suara asli - rafaaldiansyah
Sumber : KisahDunia
0 Response to "Ibu Kesal Insurans Lambat Approve, Anak Kekejangan Tapi Doktor Tak Boleh Rawat"