Seorang peniaga pakaian yang dilaporkan berjaya membongkar
kegiatan isterinya berasmara dengan lelaki lain di rumahnya sendiri telah
bertindak nekad menikam kedua-duanya sekali menggunakan sebilah pisau pemotong
daging.
Lelaki yang berumur 38 tahun itu difahamkan selalu berniaga
di Kutai Barat, namun tinggal di Tenggarong. Dia dilaporkan jarang pulang ke
rumah dan selalu menghabiskan masanya berniaga di Kutai Barat, Indonesia.
Pun begitu, semasa dia pulang, dia telah terhidu sesuatu
yang mencurigakan terhadap isterinya. Menurut keterangan dari suspek, dia
mendapati bahawa isterinya itu asyik bermain dengan telefon bimbit sebelum
kejadian tersebut berlaku.
Ketika suspek meminta untuk melihat telefon bimbitnya, si
isteri bertindak enggan menunaikan permintaannya itu. Suspek terus berasa
curiga bahawa isterinya itu mungkin berhubungan sulit dengan lelaki lain.
Bagi membuktikannya, suspek nekad melakukan penyiasatan
secara rahsia. Dia telah berpura-pura untuk keluar bekerja ke Kutai Barat dan
menyatakan bahawa dia akan menginap di sana.
Pun begitu, dia telah masuk ke rumahnya itu kembali melalui
pintu belakang dan seterusnya naik ke atas siling tanpa diketahui oleh
isterinya.
Dia kemudiannya telah menunggu dan bersembunyi di situ
sehingga dua jam. Kecurigaan terhadap isterinya itu akhirnya terbukti apabila
dia mendapati bahawa terdapat lelaki lain yang telah masuk ke rumahnya.
Tak hanya itu, dia juga telah menyaksikan isterinya itu
sendiri turut melakukan hubungan intim bersama dengan lelaki tersebut.
Tidak taham melihat adegan panas isterinya bersama dengan
lelaki lain di dalam bilik mereka, dia telah bertindak turun dan memecahkan
pintu bilik tidur berkenaan.
“Sebelum memecahkan pintu, dia sempat mengambil pisau
pemotong daging di dapur,” jelas Ketua Polis Daerah Tenggarong, IPTU Nursan
seperti dipetik daripada akaun Instagram @andreli_48.
Selepas pintu dibuka, dia dilaporkan menghayunkan pisau
tersebut ke arah lelaki yang dalam keadaan telanjang sehingga berlemuran darah.
Tak terhenti di situ, dia juga dilaporkan turut menghanyunkan pisau tersebut
dan menetak isterinya sendiri.
“Teman lelaki isterinya mengalami luka terbuka pada bahagian
pinggang dan lengan kiri, manakala keadaan isterinya tidak diketahu,” tulis
akaun tersebut.
Sejurus selepas kejadian itu, suspek terus menyerahkan
dirinya kepada pihak polis.
Sumber : Siakapkeli
Elok la m4t1 terus..curang mengundang j3n4y4h paling berat...dah buat,tanggunglah😉
ReplyDelete